Trio Galaxy S10 Dilancar Dengan Maklumat Seperti Yang Dijangka

Samsung hari ini di San Francisco mengumumkan kemas kini kepada siri Galaxy S mereka. Kalau tak cukup menarik perhatian anda, saya nak beritahu yang Galaxy S kali ini mungkin akan jadi yang pertama berharga kurang daripada RM3,000 selepas Galaxy S7 (2016).

Dalam acara Unpacked Galaxy, Samsung biasanya umumkan 2 model. Tapi untuk S10, mereka ada 3 model, tidak termasuk Galaxy S10 5G iaitu:

  1. Galaxy S10
  2. Galaxy S10+
  3. Galaxy S10e

Bagusnya adalah semua telefon ini menggunakan CPU yang sama, Exynos 9820 8-teras dengan kelajuan maksimum 2.7Ghz. Kemudian, kesemua mereka masih mengekalkan tahap kekalisan debu dan air IP68 dan tetap ada jek headfon serta slot hibrid untuk meletakkan kad mikro-SD.

Samsung Galaxy S10+

Varian yang paling tinggi adalah Galaxy S10+. Ia ada panel paparan Dynamic AMOLED 6.4″ dengan resolusi QuadHD+ dalam nisbah 19:9.  Pada edisi kali ini, tiada lagi pengimbas cap jari di belakang telefon, sebaliknya ia kini menggunakan teknologi pengimbas ultrasonik yang tertanam disebalik paparan.

Galaxy S10+ ada pilihan RAM sehingga 12GB manakala untuk storan, ia boleh pergi sehingga 1TB. Kalau tak cukup, guna saja slot hibrid untuk isi kad SD anda sendiri sehingga 512GB.

Pada bahagian pengimejan, S10+ menggunakan trikamera belakang:

  • Kamera 1: telefoto 12MP F2.4 OIS
  • Kamera 2: susud lebar 12MP F1.5/F2.4 OIS
  • Kamera 3: sudut super lebar 16MP F2.2

Galaxy S10+ Prism Black (kiri) & Ceramic Black (kanan)

Kamera selfie S10+ ada dua. Ia menjadikan Galaxy S10+ ada 5 buah kamera kesemuanya. Di bahagian muka ada kamera 10MP dan kamera 7MP untuk tujuan simulasi bokeh.

S10+ ada bateri yang paling besar dalam keluarganya, 4,100mAh dengan fungsi pengecasan pantas Adaptive Fast Charging dan Wireless PowerShare. Wireless PowerShare adalah satu ciri baru. Ia bolehkan telefon jadi pad pengecas untuk mengecas peranti lain yang menyokong Qi Wireless Charging.

BACA  Telefon Termahal Samsung Tak Boleh Dipasang Skrin Protector

Samsung Galaxy S10

Di bawah S10+ ada Galaxy S10. Telefon ini ada spesifikasi hampir sama seperti S10+ pada segi CPU, kamera belakang, serta pengimbas cap jari. Untuk S10, ia ada RAM 8GB. Ada dua pilihan storan disediakan iaitu 128GB dan 512GB. Tapi, kalau ikutkan Galaxy S terdahulu, hanya storan yang terendah memasuki pasaran kita.

Beza S10 dan S10+ adalah pada paparan yang lebih kecil iaitu 6.1” tapi ia tetap ada resolusi QHD+ yang sama. Kemudian, kamera selfie S10 hanya ada satu, yang berkuasa 10MP.

Samsung Galaxy S10e

Ahli S10 yang ketiga adalah Galaxy S10e. Dia ni adalah telefon paling kecil iaitu 5.8” dengan resolusi HD penuh. Uniknya, skrin Galaxy S10e adalah mendatar dan tidak melengkung di bahagian sisi seperti S10+ dan S10.

S10e tidak hadir dengan pengimbas cap jari disebalik paparan, tapi ia menggunakan pengimbas cap jari yang disekalikan dengan butang kuasa di sisi telefon. Ada dua varian diperkenalkan iaitu dengan RAM 6GB dandan sto 128GB, ataupun RAM 8GB dan storan 256GB.

Kamera depan S10e adalah sama seperti S10 iaitu satu kamera 10MP. Untuk kamera belakang, S10e ada dwikamera sahaja dan mereka ialah:

  • Kamera 1: sudut lebar 12MP F1.5/F2.4 OIS
  • Kamera 2: sudut super lebar 16MP F2.2 OIS

Bateri S10e adalah yang terkecil iaitu 3,100mAh tapi ia masih ada semua ciri tambahan seperti pengecasan pantas dan pengecasan wayarles masuk dan keluar.