• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Strategi dua jenama Huawei-Honor akan kekal, sasar pengeluar terbesar dunia

  • OLEH Najib
  • 3:08 pm
  • 04/04/2019
  • Komen
Strategi dua jenama Huawei-Honor akan kekal, sasar pengeluar terbesar dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Consumer BG, Richard Yu mengumumkan sasaran strategik syarikat yang baru, menerusi akaun weibo beliau. Sasaran ini akan menjadi halatuju buat Huawei dan Honor, dalam mengembangkan operasi penghasilan peranti untuk pengguna.

Sasaran yang ditetapkan beliau ialah:



  1. Huawei akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia
  2. Honor akan menjadi pengeluar nombor 2 terbesar di China, dan no 4 terbesar di dunia
  3. Huawei akan terus membantu Honor dalam penghasilan produk terkini dan terus melabur dalam invoasi teknologi, saluran pengedaran dan strategi pemasaran, sambil mengekalkan strategi dua jenama. Kedua-dua jenama akan kekal berfikiran ke hadapan dan membantu mewujudkan dunia yang pintar dan terhubung sepenuhnya

Menurut Richard, beliau yakin Huawei dan Honor akan menjadi pengeluar telefon pintar terbesar tahun ini. Malah, portfolio pengguna Huawei telah mencapai tahap jenama yang baru.

Huawei P30 Pro



Ini boleh dilihat apabila bahagian perniagaan pengguna Huawei, menerajui keuntungan syarikat tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 48.4%. Jualan di sektor pengguna ini mececah RMB348.9 bilion pada 2018. Ia mengatasi bahagian perniagaan rangkaian Huawei yang sentiasa menjadi tunjang belakang syarikat selama ini.

Bagi Honor pula, mereka berjaya mencatat peningkatan jualan di peringkat antarabangsa sebanyak 170% tahun lepas, berbanding setahun sebelumnya. Menurut lporan IDC, Honor berada di tangga kedua dalam jualan dalam talian antarabangsa bagi tahun 2018.

Honor View 20

Melihatkan langkah agresif yang diambil oleh Huawei dan Honor, tidak mustahil mereka boleh mengatasi Samsung dan Apple, di samping menjarakkan lagi saingan jenama dari China seperti Oppo dan Xiaomi.

Tetapi halangan demi halangan yang dicipta Amerika terutama dari presiden Donald Trump sendiri, mungkin boleh menjejaskan cita-cita Huawei. Walaupun setakat ini Amerika banyak menghalang perniagaan rangkaian Huawei berkaitan 5G, Amerika mungkin berhasrat mahu menolak Huawei secara total termasuk penggunaan telefon pintar Huawei.

Tags: honorHuawei
Najib

Najib

POPULAR

Strategi dua jenama Huawei-Honor akan kekal, sasar pengeluar terbesar dunia

Strategi dua jenama Huawei-Honor akan kekal, sasar pengeluar terbesar dunia

4 April 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN