• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Akhirnya Redmi Go berharga RM299 mula dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:06 pm
  • 09/04/2019
  • Komen
Akhirnya Redmi Go berharga RM299 mula dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir sebulan khabar angin tentang ketibaannya bertiup, akhirnya hari ini Xiaomi Malaysia mengesahkan Redmi Go akan mula dijual. Ia adalah telefon pintar Android termurah dari Xiaomi boleh dibeli di Malaysia, pada harga RM299 sahaja.

Redmi Go akan mula dijual di Malaysia pada 13 April 2019, dalam warna Hitam sahaja. Orang ramai boleh mendapatkannya di Mi Store di seluruh Malaysia, serta dalam talian di Stor Xiaomi Malaysia di Lazada dan Shopee.



Redmi Go adalah telefon berkuasa rendah dan menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo Go Edition. Sistem operasi Go merupakan sistem yang amat ringan untuk dijalankan, tidak memerlukan kuasa tinggi dan jimat storan serta data. Bermakna, ia tidak menggunakan MIUI sebaliknya dilengkapi antaramuka Android asli.

Kuasa Redmi Go digerakkan oleh pemprosees Snapdragon 425, RAM 1GB dan storan dalaman 8GB. Baterinya pula 3,000mAh dan datang bersama pengecas mikroUSB 5W seperti iPhone X.



Kamera di belakangnya dipasang lensa 8MP bersama LED Flash bersama kamera hadapan 5MP. Skrinnya berukuran 5-inci HD dan ia menyokong dua kad sim hibrid bersama kad mikroSD sehingga 128GB.

Tiada pengimbas capjari pada Redmi Go, tetapi ia memiliki jek audio 3.5mm.

Jika anda lebih berminat dengan antaramuka MIUI, boleh dapatkan Redmi 6A yang kini berharga RM349 sahaja. Ia dikuasakan pemproses Mediatek Helio A22, RAM 2GB serta storan 16GB. Skrinnya 5.45-inci HD dan bateri pula 3,000mAh. Kamera belakangnya 13MP dan kamera hadapan 5MP.

Redmi 6A
Tags: Redmi Goxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Akhirnya Redmi Go berharga RM299 mula dijual di Malaysia

Akhirnya Redmi Go berharga RM299 mula dijual di Malaysia

9 April 2019
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN