• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Mate 20 Pro Tak Sesuai Diguna Bersama Headset Bluetooth Dan Ini Sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:13 pm
  • 15/04/2019
  • Komen
Huawei Mate 20 Pro Tak Sesuai Diguna Bersama Headset Bluetooth Dan Ini Sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Bluetooth adalah rahmat dalam dunia teknologi. Sejak dilancarkan dalam tahun 1989, Bluetooth menyediakan satu penyelesaian tanpa kabel yang sekarang banyak digunakan berikan pengalaman multimedia mudah alih yang mantap. Tapi, ia tak hadir tanpa masalah.

Mate 20 Pro tiada jek audio

Latency (Jeda) adalah salah satu kelemahan yang dihadapi peralatan Bluetooth. Latency adalah jeda masa antara isyarat dengan gerak balas. Contoh latency juga aboleh dilihat apabila anda bermain permainan dalam talian. Ping melebihi 100ms tentunya mengganggu sesi PUBG Mobile ataupun Mobile Legends anda.



Dalam kes audio, berapa lamakah masa yang diambil untuk speaker mengeluarkan bunyi selepas isyarat sumber dikeluarkan. Objektif yang ingin dicapai adalah kurang daripada 20ms apabila hanya sejumlah kecil manusia yang boleh membezakan tahap jeda ini.

Lapisan pemerosesan audio di Android

Sekumpulan pengkaji di Soundguys ada menguji fungsi Bluetooth pada beberapa telefon Android dan menyimpulkan, sistem operasi Android perlukan penambahbaikkan pada segi Bluetooth jika ingin bersaing dengan aksesori audio berkabel.



Yang paling terkesan adalah Huawei Mate 20 Pro. Apabila ditambat pada headset Bluetooth, Mate 20 Pro mengalami jeda sekurang-kurangnya 450ms, yang paling teruk dantara Pixel 3 XL, Galaxy S10, dan 6T. Telefon yang terbaik, Galaxy S10, miliki prestasi lebih 2 kali ganda lebih baik berbanding Mate 20 Pro tapi tak cukup baik untuk berikan pengalaman mendengar yang baik. Walaupun yang terbaik, Galaxy S10 berikan jeda menghampiri 200ms.

Prestasi Jeda Mate 20 Pro bersama aksesori audio Bluetooth – sumber

Soundguys menyimpulkan yang pengeluar bukanlah pihak yang bersalah 100% dalam jeda teruk ini, tapi kerangka kerja sistem operasi Android turut menyumbang pada masalah ini. Menurut mereka, terdapat terlalu banyak lapisan proses berlaku dalam penghasilan isyarat audio.

Masalah ini lebih ketara apabila pengeluar telefon menyertakan fungsi mengehad prestasi CPU untuk mencapai waktu guna yang panjang. Ia menyebabkan kurangnya sumber CPU ada untuk memproses isyarat audio.

Jika anda ingin membaca analisis mereka dengan lebih mendalam, anda boleh lakukannya di sini.

[Sumber: Soundguys]

Tags: HuaweiHuawei Mate 20 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Huawei Mate 20 Pro Tak Sesuai Diguna Bersama Headset Bluetooth Dan Ini Sebabnya

Huawei Mate 20 Pro Tak Sesuai Diguna Bersama Headset Bluetooth Dan Ini Sebabnya

15 April 2019
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN