Berita rasmi berkaitan konsol permainan generasi seterusnya daripada Sony sudah mula timbul. Ia berikutan temubual eksklusif bersama ketua arkitek pembangunan konsol permainan Sony, Mark Cerny.
Menurut beliau, PS5 (nama tak rasmi) tidak akan menemui anda dalam tahun ini dan dia menjamin yang generasi seterusnya ini memang bermakna “seterusnya”, dan bukan tokokan minimum.
Beraninya dia adalah kerana PS5 akan menggunakan CPU dam GPU serba baru yang meningkatkan prestasi dalam segenap pelosok.
Untuk CPU, ia diperkasa cip AMD Zen 2 7nm oktateras. Ia menyokong output paparan sehingga 8K.
Bahagian GPU adalah yang paling menarik. PS5 akan miliki keupayaan grafik setara GeForce RTX yang menyokong Ray Tracing. Jika benarlah, ia bakal jadi konsol pertama dalam sejarah mampu ber-Ray Tracing.
Pasa sudut audio, En. Cerny memaklumkan yang penambahbaikannya adalah berkali ganda lebih baik berbanding PS3 ke PS4.
Medium storan juga akan menerima tambah baik. Sony sedar yang saiz permainan kini semakin besar. Red Dead Redemption 2, contohnya, sudah mengambil hampir 100GB ruang storan. Maka, HDD sudah tak releven untuk diguna pada konsol moden kerana tak cukup pantas dalam pengendalian data.
PS5 akan menggunakan SSD daripada jenis baru dan lebih pantas daripada yang ada dalam pasaran hari ini. Mereka menguji loading time untuk permainan Spiderman (2018) dan laporkan yang daripada 15 saat di PS4, PS5 cuma ambil 0.8 saat untuk fast travel, ia adalah 18.75 kali lebih pantas!
Sony ingin sedaya upaya memansuhkan terus loading screen supaya pemain beroleh pengalaman bermain yang lancar.
Bercerita tentang backward compatibility, PSVR PS4 akan boleh digunakan pada PS5 dan sekurang-kurangnya permainan PS4 boleh dimainkan di konsol baru.
Apa harapan anda dengan konsol PS5?
[Sumber: WIRED, gambar pemuka]