• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Steam berhenti terima Bitcoin

  • OLEH Najib
  • 1:22 pm
  • 07/12/2017
  • Komen
Steam berhenti terima Bitcoin
Share on FacebookShare on Twitter

Bitcoin terus naik menggila tanpa ada tanda-tanda untuk berhenti. Perkara ini sedikit sebanyak menggembirakan sesetengah pihak, tetapi ia juga menimbulkan rasa gundah gulana kepada yang lain.

Antaranya, pengumuman terbaru dari penyedia platform permainan video terbesar dunia, Steam. Bitcoin merupakan satu bentuk pembayaran yang diterima oleh Steam, sejak tahun lepas. Tetapi mereka kini menghentikan penerimaan Bitcoin sebagai salah satu matawang yang diguna pakai di Steam.



Perkara ini diputuskan kerana kadar Bitcoin yang tidak stabil akhir-akhir ini. Malah, ia turut menjejaskan caj transaksi yang dikenakan oleh penyedia perkhidmatan.

Setiap transaksi keluar dan masuk dikenakan caj Bitcoin yang sama. Tetapi jika transaksi itu tidak berjaya, caj yang dikenakan untuk pemulangan mungkin lebih tinggi nilainya kerana kadar Bitcoin yang tidak berhenti menaik secara ekstrem.



Pada awal tahun ini, Bitcoin dicatatkan pada kadar USD992 (~RM4,050) setiap unit. Tetapi hari ini, 7 Disember ia mencecah USD13,979 (~RM57,076). Hampir 14 kali ganda dalam masa tak sampai setahun.

Jika kadar Bitcoin terus menggila sebegini, mungkin lebih banyak lagi platform akan berhenti menerima Bitcoin sebagai pembayaran. Mungkin ketika itu barulah kadar Bitcoin akan menurun?

Steam menambah, mereka mungkin akan menerima semula Bitcoin apabila ia lebih stabil kelak.

[Sumber: Steam]

Tags: bitcoinSteam
Najib

Najib

POPULAR

Steam berhenti terima Bitcoin

Steam berhenti terima Bitcoin

7 December 2017
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN