• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Malaysia tangguh pelancaran Galaxy Fold seiring kenyataan ibu pejabat

  • OLEH Najib
  • 4:48 pm
  • 23/04/2019
  • Komen
Samsung Malaysia tangguh pelancaran Galaxy Fold seiring kenyataan ibu pejabat
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Malaysia hari ini memutuskan untuk menangguhkan majlis pelancaran telefon pintar dengan skrin boleh lipat, Galaxy Fold yang dijadualkan pada 3 Mei 2019. Ia berikutan kenyataan rasmi yang dikeluarkan ibu pejabat Samsung yang juga menangguhkan pelancarannya di seluruh dunia.

Menurut ibu pejabat Samsung, penagguhan ini dibuat berikutan beberapa unit Galaxy Fold yang terlebih dahulu diedarkan kepada beberapa media, berhadapan dengan masalah terutamanya di skrin. Pemeriksaan awal Samsung mendapati, masalah di paparan berlaku mungkin berkaitan impak di bahagian atas dan bawah engsel yang terdedah.



The screen on my Galaxy Fold review unit is completely broken and unusable just two days in. Hard to know if this is widespread or not. pic.twitter.com/G0OHj3DQHw

— Mark Gurman (@markgurman) April 17, 2019

Beberapa media sebelum ini melaporkan mereka berhadapan masalah dengan Galaxy Fold yang sedang mereka uji. Paling ketara, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat lapisan seperti pelindung di atas skrin yang tidak boleh dicabut. Apabila ia dicabut, ia menjadikan skrin tidak lagi berfungsi dengan normal.

Tetapi ada juga yang tidak mencabut pelindung skrin tersebut, tetap mengalami masalah dengan skrin. Samsung seperti tidak bersedia dengan produk akhir yang sedia digunakan pengguna, atau Galaxy Fold sebenarnya belum bersedia dihasilkan secara komersial untuk bertemu pengguna.



https://twitter.com/robotodd/status/1118574478009626624

Samsung menambah lagi, akan memaklumkan tarikh baru untuk pelancaran Galaxy Fold dalam beberapa minggu akan datang. Tak sempat nampaknya nak berhari raya dengan telefon terbaru Samsung ini.

Kenyataan penuh ibu pejabat Samsung berkenaan penangguhan pelancaran Galaxy Fold boleh dirujuk di sini.

Tags: Galaxy Foldsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung Malaysia tangguh pelancaran Galaxy Fold seiring kenyataan ibu pejabat

Samsung Malaysia tangguh pelancaran Galaxy Fold seiring kenyataan ibu pejabat

23 April 2019
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN