• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Telefon Bajet Nokia 4.2 Mula Dijual Di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:55 pm
  • 26/04/2019
  • Komen
Gabungan 4 telefon baru Nokia ini ada 5 kamera belakang
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam banyak-banyak telefon yang dilancarkan Nokia semasa temasya MWC 2019 baru-baru ini, Nokia 4.2 adalah yang pertama tiba di Malaysia. Ia adalah telefon dalam kelas bajet dibawah harga RM600, sesuai untuk anda yang mencari telefon kedua untuk dibuat sandaran.

Bagusnya telefon daripada Nokia ini adalah ia menjalankan AndroidOne versi 9 Pie terus keluar kotak. Jadi anda boleh menjangkakan pengalaman Android yang lancar, seperti visi Google.



Menurut salah satu pengedarnya, Nokia 4.2 dalam pasaran Malaysia miliki specs RAM 3GB dan storan 32GB melengkapkan komponen-komponen itu adalah SoC Snapdragon 439.

Nokia 4.2 adalah telefon bersaiz 5.71″ dan miliki paparan HD+ dengan notch kecil di bahagian dahi. Satu ciri unik telefon ini adalah ia ada butang khas untuk menyeru Google Assistant, yang jarang-jarang ditemui pada telefon sekelasnya.



Pada jabatan pengimejan, ia ada dwikamera belakang 13MP+2MP manakala kamera selfie pula menerima sensor 8MP. Yang membekalkan kuasa pada telefon ini adalah bateri 3,000mAh yang dicas menggunakan port mikro-USB.

Jika anda berminat untuk memiliki sebuah Nokia 4.2 ia berharga RM599 dan boleh didapati di pengedar sah Nokia terdekat anda.

[Sumber: Nokia]

Tags: NokiaNokia 4.2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gabungan 4 telefon baru Nokia ini ada 5 kamera belakang

Telefon Bajet Nokia 4.2 Mula Dijual Di Malaysia

26 April 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN