• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Huawei Mate 20 X & Mate 20 Pro kini sama, nak pilih yang mana?

  • OLEH Najib
  • 2:27 pm
  • 06/05/2019
  • Komen
Banyak inovasi baru di pelancaran siri Huawei Mate 20
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa dilancarkan Oktober tahun lepas, Huawei Mate 20 Pro memiliki tanda harga yang lebih tinggi dari Mate 20 X, walaupun kedua-duanya memiliki kuasa yang sama iaitu cip Kirin 980, bersama RAM dan storan yang sama besar. Tetapi kini, ia boleh dibeli pada harga yang sama.

Mobile 2 Go kini menyenaraikan Huawei Mate 20 X pada harga RM2,599. Harga yang sama juga kini diletakkan pada Huawei Mate 20 Pro. Pasti ini menimbulkan pertanyaan, peranti yang manakah yang lebih berbaloi dimiliki.



Kedua-dua peranti ini memiliki kelebihan dan kekurangan yang berbeza. Jadi pengguna harus memilih apa yang lebih mereka perlukan, barulah boleh memilih Mate 20 mana yang terbaik untuk mereka.

Dari segi persamaan, Mate 20 X dan Mate 20 Pro dikuasakan cip Kirin 980, dengan RAM sebanyak 6GB dan storan dalaman 128GB. Storan ini boleh diluaskan tetapi menggunakan kad memori NM, bukan mikroSD. Satu kelebihan pada Mate 20 X ialah ia dilengkapi sistem penyejukan Huawei Supercool, menggandingkan kebuk wap dan filem graphene untuk mengeluarkan haba lebih pantas.



Kedua-dua telefon ini juga dipasang kamera yang sama. Di belakang, ia dilengkapi tiga lensa kamera Leica, gabungan kamera utama 40MP, kamera ultra lebar 20MP dan kamera telefoto 8MP. Manakala di hadapan ia menggunakan kamera 24MP.

Perbezaan seterusnya ialah pada saiz. Mate 20 X memiliki skrin sebesar 7.2-inci dari jenis OLED, dengan resolusi HD Penuh 2244×1080 dan takuk kecil titisan air. Skrin Mate 20 Pro pula lebih kecil, berukuran 6.39-inci juga jenis OLED, tetapi resolusi lebih tinggi, QuadHD 3120×1440. Takuk skrin Mate 20 Pro pula sangat besar.

Dengan saiz besar, Mate 20 X turut memiliki bateri lebih besar dengan kapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas Huwaei SuperCharge 22.5W. Walaupun bateri Mate 20 Pro kecil sedikit, hanya 4,200mAh, ia memiliki pengecasan lebih pantas, Huawei SuperCharge 40W.

Sistem bunyi kedua-dua telefon ini menyokong bunyi stereo. Tetapi hanya Mate 20 X masih memiliki jek audio 3.5mm. Mate 20 X juga menggunakan pengimbas capjari fizikal di belakang, manakala Mate 20 Pro menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin yang baru.

Selain itu, Mate 20 Pro juga kalis air IP68 dan menyokong pengecasan wayarles yang mampu mengecas peranti lain yang menyokong pengecasan wayarles.

Pendek kata, kalau nak skrin dan bateri besar, serta jek audio, pilih Mate 20 X. Lain-lain perkara, Mate 20 Pro nampak lebih baik.

Kedua-dua telefon pintar Huawei ini boleh dibeli di Mobile 2 Go menerusi stor online di sini, atau terus ke mana-mana cawangan Mobile 2 Go.

Tags: Huaweimate 20mate 20 proMate 20 X
Najib

Najib

POPULAR

Banyak inovasi baru di pelancaran siri Huawei Mate 20

Harga Huawei Mate 20 X & Mate 20 Pro kini sama, nak pilih yang mana?

6 May 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN