• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kini ucapan selamat hari lahir di Facebook tidak sebosan dahulu

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 2:05 pm
  • 13/05/2019
  • Komen
Kini ucapan selamat hari lahir di Facebook tidak sebosan dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Bilakah kali terakhir anda mengingati tarikh lahir rakan-rakan anda? Pasti anda susah untuk memperingati tarikh lahir mereka sehinggakan Facebook kini menjadi sebuah laman sosial yang membantu anda untuk mengingati tarikh lahir mereka.

Ini kerana kebanyakan pengguna mendaftar akaun Facebook menggunakan tarikh lahir sebenar mereka, dan memilih untuk berkongsi di laman tersebut.



Tetapi, pilihan ucapan hari lahir yang disediakan oleh laman tersebut hanya terhad kepada pos pada wall seseorang.

Facebook Stories Sweetens Birthdays with a New Feature https://t.co/bFMMcHJibx

— Meta Newsroom (@MetaNewsroom) May 9, 2019

Terkini, Facebook menawarkan cara baru untuk pengguna mengucapkan selamat hari lahir kepada seseorang dengan menggunakan Facebook Stories.



Apa itu Facebook Stories? Facebook Stories adalah pos yang hanya kekal untuk 24 jam dan ianya berada di atas News Feed setiap pengguna Facebook.

Ianya juga terdiri daripada foto atau video, menjadikannya cara yang lebih visual dalam menggunakan Facebook.

Bagaimana mahu menggunakkan ciri ucapan ini? Ianya mudah. Apabila salah seorang rakan rapat anda (seperti yang dikenal pasti oleh Facebook) mempunyai hari jadi, anda akan dijemput untuk memberi ucapan kepadanya.

Jika anda menekan pemberitahuan itu, anda akan dijemput untuk mengambil gambar atau video pendek dan menyesuaikannya pada kandungan ucapan anda.

Selain itu, Facebook juga membenarkan anda menambah pelekat muzik untuk menambah soundtrack pada ucapan tersebut.

Jika anda buntu untuk memberikan ucapan, anda boleh menggunakan salah satu kad hari lahir digital yang telah disediakan oleh Facebook.

Secara teknikal, pengguna boleh menggunakan Facebook Stories sekarang untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada seseorang.

Walau bagaimanapun, Facebook kini telah melancarkan prosedur dengan menambah pemberitahuan hari lahir kepada kumpulan Stories, dan pemilihan kad hari jadi.

Sumber: MUO

Tags: FacebookFacebook Stories
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Kini ucapan selamat hari lahir di Facebook tidak sebosan dahulu

Kini ucapan selamat hari lahir di Facebook tidak sebosan dahulu

13 May 2019
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN