• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno 10x Zoom akan dirai di majlis pelancaran mega pada 27 Mei

  • OLEH Najib
  • 10:54 am
  • 14/05/2019
  • Komen
Oppo Reno 10x Zoom akan dirai di majlis pelancaran mega pada 27 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini Oppo telah menjemput media ke majlis persidangan Oppo Reno yang akan diadakan pada 16 Mei 2019. Rupa-rupanya, satu majlis pelancaran lain berskala lebih besar, akan diadakan pada 27 Mei 2019 khusus untuk meraikan Oppo Reno 10x Zoom.

Dari apa yang kami diberitahu, harga Oppo Reno standard akan diumumkan pada 16 Mei, manakala tarikh jualan kedua-dua model standard dan 10x Zoom, akan didedahkan pada 27 Mei. Orang ramai akan boleh turut sama menonton majlis pelancaran tersebut secara langsung, menerusi Facebook Oppo Malaysia.



Oppo Reno diperkenalkan dalam dua versi, versi standard dan versi 10x Zoom. Versi standard datang dengan skrin 6.4-inci HD Penuh+ AMOLED manakala 10x Zoom menggunakan skrin sama yang lebih besar 6.6-inci. Kedua-dua model ini memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Kuasa di dalam Oppo Reno standard digerakkan oleh pemproses Snapdragon 710 manakala 10x Zoom lebih bertenaga, menggunakan Snapdragon 855. Kedua-duanya ditawarkan dengan RAM 6GB atau 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB.



Keunikan Oppo Reno ini terdapat pada modul kamera hadapan yang tersembunyi. Modul kamera ini apabila dikeluarkan, berbentuk seakan sirip jerung. Dengan ini, ia membolehkan skrin penuh dicapai tanpa sebarang takuk atau lubang untuk kamera hadapan.

Untuk Reno standard, ia memiliki dwi-kamera belakang gabungan kamera utama 48MP F1.7 dan kamera pengesan kedalaman 5MP F2.4. Manakala Reno 10x Zoom pula ada tiga kamera belakang iaitu kamera utama 48MP F1.7, kamera telefoto periskop 13MP F3.0 dan kamera ultra lebar 8MP F2.2.

Oppo Reno 10x Zoom (kiri) dan standard (kanan)

Dengan kamera periskop, ia memboleh Reno 10x Zoom memiliki zum lossless sehingga 10x dan akan diberikan zum digital sehingga 60x. Kamera utama dan periskop di Reno 10x Zoom juga dilengkapi penstabil imej optikal (OIS).

Untuk tenaga, Reno standard dipasang dengan bateri 3,765mAh manakala 10x Zoom pula ada bateri 4,065mAh. Kedua-dua peranti Reno ini menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 melalui USB-C.

Tags: oppoOppo Reno
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Oppo Reno 10x Zoom akan dirai di majlis pelancaran mega pada 27 Mei

Oppo Reno 10x Zoom akan dirai di majlis pelancaran mega pada 27 Mei

14 May 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER