• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo Reno akan dikemaskini dengan sokongan 60x zum

  • OLEH Najib
  • 12:07 pm
  • 08/05/2019
  • Komen
Oppo Reno akan dikemaskini dengan sokongan 60x zum
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Reno datang dalam dua model, versi biasa dan versi 10x Zoom Edition. Versi 10x Zoom Edition memiliki kamera periskop, membolehkannya menangkap gambar jarak jauh dengan 10x zum lossless, sama seperti Huawei P30 Pro.

Sementara Huawei P30 Pro dilengkapi zum digital sehingga 50x, Oppo Reno 10x Zoom Edition hanya ada 20x zum digital. Tetapi ia akan berubah tidak lama lagi.



Naib Presiden Oppo, Brian Shen, telah berkongsi video di weibo yang menunjukkan Oppo Reno 10x Zoom Edition boleh mengezum digital sehingga 60x. Kebolehan ini akan datang ke Oppo Reno 10x Zoom Edition tidak lama lagi menerusi kemaskini perisian. Taiwan akan menjadi negara pertama menerima kemaskini ini.

Walaupun berkemampuan menangkap gambar sehingga 10x zum tanpa menjejaskan kualiti, tangkapan gambar 60x zum digital belum dapat dipastikan. Sudah pasti kualiti zum digital akan menurun mendadak tetapi adakah kualitinya masih boleh diterima, masih menjadi soalan. Tetapi ini memberi lebih pilihan kepada pengguna.



Oppo Reno 10x Zoom Edition datang dengan tiga kamera belakang, gandingan kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera periskop 13MP F3.0 berkeupayaan 5x zum optikal. Kamera utama dan periskop turut dipasang penstabil imej optikla (OIS).

Telefon pintar terhebat Oppo ini akan datang ke Malaysia pada bulan Mei ini. Harapnya, kemaskini zum digital 60x ini telah siap dipasang untuk set Malaysia apabila ia dilancarkan di sini.

[Sumber: GSMArena, weibo]

Tags: oppoOppo Reno
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Oppo Reno akan dikemaskini dengan sokongan 60x zum

Oppo Reno akan dikemaskini dengan sokongan 60x zum

8 May 2019
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN