• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi akan perkenal peranti pembunuh flagship, Killer 20

  • OLEH Najib
  • 4:33 pm
  • 15/05/2019
  • Komen
Redmi akan perkenal peranti pembunuh flagship, Killer 20
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini muncul khabar angin yang mengatakan subsidiari Xiaomi iaitu Redmi, akan menghasilkan telefon pintar kelas flagship. Kini, ia boleh dikatakan menghampiri kebenaran apabila Pengurus Besar Redmi, Lu Weibing berkongsi satu gambar di laman sosial Weibo.

Gambar tersebut tertulis Redmi 20 Killer. Menurut Weibing, peranti baru dari Redmi ini akan dipanggil sebagai K20.



Tambah Weibing, siri K akan menjadi siri flagship bagi Redmi dengan pemilihan huruf K merujuk kepada Killer. Ibarat gelaran yang digunakan OnePlus pada zaman awalnya, Flagship Killer.

Berkenaan nombor 20 pula, tidak diterangkan kenapa ia dipilih. Tetapi Weibing pernah berkata sebelum ini, Redmi perlu banyak belajar dari Huawei tentang strategi pemasaran. Jadi ini mungkin salah satu yang Redmi pelajari, terus menggunakan nombor besar untuk kelihatan hebat.



Redmi India dilihat turut menyertai pengumuman ini apabila berkicau mengenainya menerusi twitter mereka. Dalam kicauan tersebut, mereka mengucapkan tahniah kepada OnePlus di atas pelancaran OnePlus 7. Tetapi mereka turut menyatakan, Flagship Killer 2.0 akan datang, dengan warna merah terletak pada huruf K dan nombor 2 0. Malah, ia turut meletakkan nombor 855 bersama logo Snapdragon di dalamnya. Pastinya ini merujuk kepada Redmi K20 yang dikuasakan Snapdragon 855.

Cometh the flagship, cometh the flagship Killer 2.0.

Coming soon 🔥 #Redmi pic.twitter.com/jrMVbOZItG

— Redmi India (@RedmiIndia) May 15, 2019

Menurut GSM Arena, sumber mereka memaklumkan Redmi K20 akan memiliki skrin sebesar 6.39-inci HD Penuh+ dari jenis AMOLED, dengan pengimbas capjari terbina di dalam skrin. Skrinnya tidak mempunyai lubang dan takuk kerana menggunakan modul kamera boleh sembunyi, seperti OnePlus 7 Pro.

Telefon ini akan dipasang tiga kamera belakang, gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera telefoto 16MP. Kamera hadapannya pula 20MP.

Sebagai peranti flagship, Redmi K20 akan diperkasa pemproses Snapdragon 855 terbaru. Ia akan datang bersama bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W.

Sebagai jenama bajet pula, Redmi K20 pastinya akan memiliki harga lebih rendah dari kebanyakan jenama lain. Ada desas-desus mengatakan ia mungkin bayangan kepada Pocophone F2 yang akan datang.

Sumber: Weibo, GSMArena

Tags: RedmiRedmi K20xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Redmi akan perkenal peranti pembunuh flagship, Killer 20

Redmi akan perkenal peranti pembunuh flagship, Killer 20

15 May 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER