Baru-baru ini, Asus mengumumkan tentang model terbaru ZenBook pada acara Computex. Namun bukan itu sahaja, Asus juga turut mengumumkan model terbaru dari siri VivoBook iaitu VivoBook S14 dan VivoBook S15.
Pada paparan utamanya, dua komoputer riba itu dikuasai oleh cip pemprosesan Intel Core i7-8565U atau Intel Core i5-8265U. Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan storan dalaman PCIe SSD sebesar 1TB.
Bukan itu sahaja, peranti terbaru VivoBook ini juga turut memiliki Wifi 6 (802.11ax) yang dikuasakan oleh Intel. Sekali gus mampu memberikan kelajuan rangkaian superfast sehingga 3 kali lebih cepat berbanding WiFi
5 (802.11ac).
Ia turut dilengkapi dengan kamera inframerah. Ini bermakna, komputer riba terbaru itu membolehkan para pengguna membuka kunci dengan menggunakan wajah sahaja.
Dari segi rekaan skrin pula, peranti ini mempunyai bezel senipis 5.2mm memberikan nisbah sebanyak 88% skrin-ke-badan dan mampu memberikan visual yang lebih mendalam untuk kerja atau bermain permainan video.
Menyasarkan golongan remaja, Asus mengetengahkan pelbagai pilihan warna antaranya Moss Green, Punk Pink, Cobalt Blue, Transparent Silver atau Gun Metal selain mempunyai berat 1.4 kg pada VivoBook S14 and 1.8 kg pada VivoBook S15 yang memudahkan pengguna membawanya.
Buat pertama kalinya dalam siri VivoBook, model terbaru tersebut hadir dengan ScreenPad 2.0 dengan paparan skrin bersaiz 5.65 inci. SkrinPad adalah merupakan skrin kedua yang digabungkan dengan pad sesentuh pada laptop tersebut.
Berfungsi seperti touch screen, ia akan memberikan kemudahan kepada pengguna menjalankan pelbagai kerja pada waktu yang sama.
Walau bagaimanapun, pihak Asus masih belum mengumumkan tarikh pelancaran serta harga model terbaru dari siri VivoBook tersebut.