• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy M40 miliki kuasa setara Galaxy A70 dengan tenaga lebih kecil

  • OLEH Najib
  • 9:07 am
  • 12/06/2019
  • Komen
Galaxy M40 miliki kuasa setara Galaxy A70 dengan tenaga lebih kecil
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung tahun ini bertubi-tubi melancarkan telefon pintar dalam siri Galaxy A dan Galaxy M. Terbaru, mereka telah melancarkan Galaxy M40 di India. Ia adalah yang pertama dalam keluarga Galaxy M, menggunakan skrin berlubang, Infinity-O.

Skrin berlubang Galaxy M40 berukuran 6.3-inci dari jenis LCD, bukan AMOLED. Tetapi ia memiliki resolusi HD Penuh+. Skrin ini juga menjadi perumah kepada sistem bunyi, kerana ia menggunakan teknologi Screen Sound, maka tiada jeriji speaker padanya.



Kuasa dalaman Galaxy M40 digerakkan oleh pemproses Snapdragon 675, kuasa yang sama terdapat di Galaxy A70, Redmi Note 7 Pro dan Vivo V15 Pro. Ia dipadankan dengan RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB. Telefon ini juga menerima kad mikroSD untuk storan tambahan sehingga 512GB.

Galaxy M40 memiliki tiga kamera belakang, gandingan kamera utama 32MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP 123-darjah dan kamera pengesan kedalaman 5MP F2.2. Kamera ini mampu merakam video sehingga resolusi 4K serta video gerak perlahan super slow-mo 240fps. Kamera hadapannya pula 16MP F2.0 dan terletak di dalam lubang pada skrin hadapan.



Dengan saiz skrin melebihi 6-inci, Galaxy M40 diberikan bateri 3,500mAh sahaja, dikira kecil untuk standard masakini. Tetapi ia menyokong pengecasan pantas 15W melalui USB-C.

Sebagai peranti terbaru, Galaxy M40 menjalankan sistem operasi Android 9 Pie dengan antaramuka Samsung OneUI. Ia menggunakan pengimbas capjari fizikal di belakang, tetapi tidak memiliki jek audio 3.5mm.

Galaxy M40 diperkenalkan dalam dua pilihan warna, Midnight Blue dan Seawater Blue. Ia akan dijual di India dengan harga INR19,990 (~RM1,194) bermula 18 Jun 2019. Masih belum dikhabarkan penjualannya di negara lain.

Untuk mengenalinya dengan lebih lanjut, layari laman produk Samsung Galaxy M40.

Sumber: GSMArena

Tags: Galaxy M40samsung
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy M40 miliki kuasa setara Galaxy A70 dengan tenaga lebih kecil

Galaxy M40 miliki kuasa setara Galaxy A70 dengan tenaga lebih kecil

12 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN