• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro terima hak eksklusif untuk kandungan iQIYI dari China

  • OLEH Najib
  • 4:22 pm
  • 17/06/2019
  • Komen
Astro terima hak eksklusif untuk kandungan iQIYI dari China
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk peminat kandungan hiburan dari China. Astro hari ini mengumumkan kerjasama strategik mereka bersama iQIYI, penyedia khidmat kandungan dalam talian terkemuka dari China. Menerusi kerjasama ini, Astro menerima hak eksklusif untuk menyalurkan kandungan iQIYI menerusi TV, on-demand serta OTT di Malaysia.

Ini termasuk saluran berjenama iQIYI yang mengandungi pelbagai jenis kandungan asli iQIYI seperti drama, filem dan rancangan hiburan. Astro juga akan menerajui dalam bidang pemerolehan pelanggan, pemasaran dan jualan media.



Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan

Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkara, mereka sangat teruja dengan peluang yang amat besar yang dipamerkan oleh iQIYI sebagai peneraju teknologi dan inovasi kandungan. Kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kekuatan dan kemahiran jenama masing-masing untuk mencapai lebih banyak kandungan sedunia yang berkembang secara peribadi dan digital.

Antara kandunan asli iQIYI yang popular di kalangan penonton Astro dan rakyat Malaysia masa kini ialah seperti Story of Yanxi Palace, The Golden Eyes, The Legend of White Snake, Tang Dynasty Tour, The Rap of China, Hot-Blood Dance Crew, Qing Chun You Ni dan banyak lagi. Dalam kerjasama terbaru ini, pengguna Astro akan turut menerima akses ke rancangan iQIYI terbaru yang lebih berkualiti seperti The Rap of China 2019, Sword Dynasty dan The Files of Teenagers in the Concession.



Tags: astroiQIYI
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Astro terima hak eksklusif untuk kandungan iQIYI dari China

Astro terima hak eksklusif untuk kandungan iQIYI dari China

17 June 2019
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN