• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung mengaku masalah Galaxy Fold masih belum diselesaikan

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 18/06/2019
  • Komen
Samsung mengaku masalah Galaxy Fold masih belum diselesaikan
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, seorang pegawai tertinggi Samsung memaklumkan kepada media bahawa peranti dengan skrin boleh lipat mereka, Galaxy Fold akan menemui pengguna pada bulan Julai. Tetapi minggu ini lain pula ceritanya.

Korea Herald melaporkan, jurucakap Samsung menyatakan majlis pelancaran dan acara media untuk Galaxy Fold masih tidak ditetapkan. Jika acara tersebut mahu diadakan, sudah pasti sesuatu telah dilakukan pada masa ini. Tambah mereka lagi, masih tiada sebarang perkembangan berkenaan Galaxy Fold sejak tragedi di bulan April.



Pelbagai masalah berkaitan skrin Galaxy Fold

Pada awal bulan Mei, pegawai tertinggi Samsung telah mengadakan perjumpaan tertutup untuk menetapkan jadual baru bagi pelancaran Galaxy Fold. Selepas itu, mereka memberitahu media bahawa siasatan dalaman telah selesai dan langkah penambahbaikan sedang diuruskan, antaranya di lapisan pelindung di atas skrin utama, serta di bahagian engsel yang terdedah kepada anasir luar.

Pengumuman terbaru ini merupakan satu pukulan hebat bukan sahaja kepada Samsung, tetapi kepada dunia teknologi sendiri. Jika Galaxy Fold menjadi satu produk yang berjaya, ia adalah satu batu loncatan buat semua pengeluar lain untuk menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat.



Kesan dari tragedi Galaxy Fold ini boleh dilihat apabila Huawei sendiri menangguhkan pelancaran Mate X, peranti dengan skrin boleh lipat keluaran Huawei. Menurut Huawei, mereka terpaksa mengambil langkah lebih berhati-hati dan meneliti semula penghasilan Mate X, supaya tidak mengulangi tragedi yang menimpa Galaxy Fold. Bagi Huawei, mereka berada di posisi lebih terdesak apabila terpaksa berhadapan dengan sekatan dari Amerika Syarikat.

Dengan ketiadaan Samsung dan Huawei menerajui penghasilan peranti skrin boleh lipat secara besar-besaran, siapakah yang berkemampuan untuk membawa teknologi ini kepada pengguna? Apple mungkin boleh melakukannya tetapi dari sejarah, Apple tidak akan memperkenalkan sesuatu teknologi baru melainkan ia telah berada di tahap matang dan stabil.

Sumber: Forbes, Korea Herald

Tags: Galaxy Foldsamsung
Najib

Najib

POPULAR

Samsung mengaku masalah Galaxy Fold masih belum diselesaikan

Samsung mengaku masalah Galaxy Fold masih belum diselesaikan

18 June 2019
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN