• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD

  • OLEH Taufiq Mahfuzah
  • 1:35 pm
  • 20/06/2019
  • Komen
Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD
Share on FacebookShare on Twitter

Youtube merupakan sebuah laman penstriman video yang terkenal. Pelbagai jenis video yang boleh pengguna dapati, daripada video nyanyian artis kegemaran sehinggalah video ‘how to‘.

Namun kebanyakkan lagu-lagu klasik yang ada pada Youtube, menawarkan kualiti yang kurang memuaskan. Ini mungkin kerana video muzik tersebut dihasilkan pada zaman dulu yang tidak memiliki teknologi semaju zaman kini.



Walau bagaimanapun, penggemar lagu lama tidak perlu risau lagi kerana Universal Music Group (UMG) telah bekerjasama dengan Youtube dalam mengolah semula beberapa video muzik yang ikonik daripada definisi standard ke definisi tinggi, HD.

Janet Jackson, Lionel Richie dan Lady Gaga antara artis yang video muzik mereka diolah semula dalam HD

Hasil kerjasama tersebut akan memperlihatkan lebih daripada 100 video muzik daripada artis-artis terkenal seperti Janet Jackson, Lady Gaga dan Lionel Richie yang ditambah baik dari segi kualiti visual dan audio.



Dua buah syarikat tersebut juga menjangkakan pada penghujung tahun 2020, sebanyak 1,000 video akan memiliki resolusi HD.

Video yang telah ditambah baik ke resolusi HD akan digantikan dengan video asal pada Youtube tetapi URL, jumlah tontonan dan tanda suka dikekalkan seperti pada video asal. Pengguna akan mengetahui ia adalah video yang telah ditambah baik jika terdapatnya label ‘#Remastered‘ dan “Remastered in HD!” pada keterangan video.

label #remastered dan Remastered in HD pada keterangan video

Video yang telah ditambah baik termasuk lagu terkenal sepanjang dekad seperti lagu nyanyian Tom Pretty, “Free Falling” dan lagu “End of the Road” daripada Boyz II Men yang dilancarkan pada tahun 1991.

Namun begitu, disebabkan kerjasama tersebut adalah antara UMG dan Youtube, video muzik yang terlibat dalam proses ini hanya terhad kepada lagu-lagu dibawah naungan syarikat rakaman UMG sahaja.

Diharapkan kerjasama itu membuatkan beberapa syarikat muzik lain turut mengikut jejak langkah UMG untuk memuat naik video muzik artis mereka dalam resolusi HD.

Sumber: The Verge

Tags: YouTube
Taufiq Mahfuzah

Taufiq Mahfuzah

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD

Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD

20 June 2019
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER