• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Jadual naik taraf EMUI 9.1 untuk peranti Huawei di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:37 pm
  • 24/06/2019
  • Komen
Berdiet dengan Huawei di Tahun Baru Cina
Share on FacebookShare on Twitter

EMUI merupakan sistem operasi yang dibangunkan Huawei, berasaskan OS Android. Versi terbaru, EMUI 9.1 dilengkapi beberapa ciri baru seperti sistem fail EROFS yang lebih pantas dan efisyen, serta GPU Turbo 3.0 yang menyokong sehingga 25 tajuk permainan.

Huawei kini telah mengeluarkan jadual kemaskini EMUI 9.1 untuk peranti mereka, bermula dengan Nova 3e dan Y9 2018 pada 12 Jun, dan siri Mate 20 pada 27 Jun 2019. Terdapat empat model di dalam keluarga Mate iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Mate 20 RS Porsche Design.



Prestasi sistem fail EROFS

Kemaskini EMUI 9.1 turut menambah fungsi kamera Moon Mode pada Mate 20 Pro dan Mate 20 X, memberi keupayaan menangkap gambar bulan dengan lebih cantik. Terdapat juga fungsi baru ‘Incoming Call Video Show‘, di mana klip video dipaparkan apabila panggilan masuk diterima.

Untuk pengguna siri Mate 20, bagi memastikan kemaskini berjalan lancar pada 27 Jun, beberapa langkah awal boleh diambil perhatian. Antaranya memastikan telefon tidak di’root’, menyediakan lebih 6GB ruang storan dalaman, serta kemaskini terbaru.



Selain itu, Huawei mengesyorkan untuk mengemaskini ke EMUI 9.0 terkini (boleh semak di Settings > System > Software update > Check For Updates) sebelum menaik taraf ke EMUI 9.1:

ModelVersi EMUI 9.0Versi Kemaskini EMUI 9.1
Mate 20HMA-L29C 9.0.0.270HMA-L29C 9.1.0.300
Mate 20 ProLYA-L29C 9.0.0.267LYA-L29C 9.1.0.300
Mate 20 XEVR-L29B 9.0.0.207EVR-L29B 9.1.0.300
Mate 20 RS
Porsche Design
LYA-L29CP 9.0.0.277LYA-L29CP 9.1.0.300

Selain itu, pastikan anda telah mendaftar akaun di aplikasi Hi-Care. Kemaskini terbaru boleh disemak menerusi aplikasi Hi-Care.

Untuk telefon pintar lain, Huawei telah menjadualkan pelan kemaskini EMUI 9.1 pada tarikh berikut:

  • Mate 20 – 27 Jun
  • Mate 20 Pro – 27 Jun
  • Mate 20 X – 27 Jun
  • Nova 3e – 12 Jun
  • Y9 2018 – 12 Jun
  • P20 – Julai
  • P20 Pro – Julai
  • Mate 10 – Julai
  • Mate 10 Pro – Julai
  • Mate 9 – Julai
  • Mate 9 Pro – Julai
  • Nova 4 – Julai
  • Nova 4e – Julai
  • Nova 3 – Julai
  • Nova 3i – Julai
  • Y9 2019 – Julai
  • Mate RS – Ogos
  • P10 – Ogos
  • P10 Plus – Ogos

Sumber: Huawei

Tags: emuiEMUI 9Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Berdiet dengan Huawei di Tahun Baru Cina

Jadual naik taraf EMUI 9.1 untuk peranti Huawei di Malaysia

24 June 2019
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER