• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer akan gabung kad prabayar Visa ke dalam eWallet Razer Pay

  • OLEH Najib
  • 6:28 pm
  • 25/06/2019
  • Komen
Razer akan gabung kad prabayar Visa ke dalam eWallet Razer Pay
Share on FacebookShare on Twitter

Razer dan Visa mengumumkan kerjasama yang akan membawa jaringan pembayaran global Visa kepada pengguna eWallet Razer Pay. Perkara ini direalisasikan menerusi penyertaan Razer Fintech, ke dalam pogram fast-track Visa Fintech.

Kerjasama ini akan menyaksikan pembangunan kad prabayar maya Visa dipasang ke dalam eWallet Razer Pay. Ini akan membolehkan eWallet Razer Pay digunakan di lebih 54 juta peniaga yang menerima pembayaran Visa di seluruh dunia.



CEO Razer, Min Liang Tan (2 dari kiri) bersama Presiden Visa Asia Pasifik, Chris Clark (2 dari kanan)

Kad prabayar maya Visa ini akan bergandingan dengan tawaran sedia ada Razer Pay, seperti tambah nilai prabayar, kredit maya permainan, hiburan dan perkhidmatan strim. Pengguna juga akan menikmati lebih banyak ganjaran apabila menggunakan kad prabayar ini dalam transaksi e-dagang serta semasa membeli-belah di luar negara.

Penyelesaian kad prabayar yang dipasang di dalam Razer Pay akan menawarkan cara mudah tambah nilai dan pengeluaran tunai sedia ada, menggunakan teknologi keselamatan dan privasi termaju. Razer Pay telah bekerjasama dengan pelbagai rakan inovasi untuk mengembangkan tawaran mereka seperti pengangkutan, tiket wayang, dan pembayaran bil menerusi aplikasi mini di dalamnya.



Razer Fintech dan Visa akan menyediakan perkhidmatan mereka secara berperingkat di beberapa negara terpilih di Asia Tenggara tidak lama lagi, sebelum mula berkembang ke seluruh dunia.

Sumber: Razer

Tags: eWalletrazerrazer payvisa
Najib

Najib

POPULAR

Razer akan gabung kad prabayar Visa ke dalam eWallet Razer Pay

Razer akan gabung kad prabayar Visa ke dalam eWallet Razer Pay

25 June 2019
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN