• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaminan 2 tahun dan harga turun kekal untuk siri P30 dan beberapa telefon Huawei terpilih

  • OLEH Najib
  • 11:35 am
  • 01/07/2019
  • Komen
U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Huawei di Malaysia kini ibarat menerima durian runtuh. Selepas Trump mengumumkan penarikan balik sekatan terhadap Huawei di Amerika Syarikat, Huawei Malaysia turut mengadakan Promosi Stor Online Huawei dengan harga diskaun minggu ini.

Kini, kami menerima satu lagi berita bahawa Huawei memberi jaminan selama 2 tahun, untuk pembelian peranti Huawei yang terpilih. Peranti yang menerima jaminan 2 tahun ini ialah:



  • Siri Mate 20
  • Siri P30
  • Siri Nova 4
  • Siri MediaPad M5
  • Nova 3i

Bagaimanapun, jaminan 2 tahun ini diberikan kepada peranti di atas, yang dibeli di antara 1 Julai hingga 30 September 2019 sahaja. Jaminan tambahan ini boleh ditebus menerusi aplikasi HiCare.

Di samping itu, Huawei turut mengumumkan penurunan harga kekal untuk 3 model telefon pintar Huawei iaitu:



  • Huawei P30 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM3,799 RM3,399
  • Huawei P30 (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM2,699 RM2,299
  • Huawei Nova 3i (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM899 RM799

Penurunan harga ini berkuatkuasa hari ini, 1 Julai 2019. Lebih menarik lagi, Huawei turut memberikan hadiah percuma untuk pembelian di Stor Online Huawei. P30 Pro diberikan hadiah bernilai RM760, manakala P30 pula menerima hadiah bernilai RM268. Untuk Nova 3i, hadiah bernilai RM239 diberi untuk pembeli.

Lebih banyak telefon pintar dan tablet Huawei menerima diskaun dan hadiah percuma dalam Tawaran Istimewa Stor Online Huwaei, yang berjalan dari 1 hingga 8 Julai 2019.

Minggu ini merupakan waktu yang terbaik untuk peminat Huawei mendapatkan telefon pintar baru dari Huawei. Harga turun, diskaun, hadiah percuma dan jaminan 2 tahun, ia gabungan tawaran yang banyak. Ditambah lagi dengan penarikan balik sekatan di Amerika Syarikat, pasti ia melegakan bakal pembeli.

Jangan terlepas untuk mendapatkannya sebelum kehabisan.

Tags: HuaweiHuawei P30mate 20
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
U Mobile akan menawarkan Huawei P30 dari serendah RM1,099 dengan pelan Unlimited Hero

Jaminan 2 tahun dan harga turun kekal untuk siri P30 dan beberapa telefon Huawei terpilih

1 July 2019

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER