• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah

  • OLEH Najib
  • 6:00 pm
  • 03/07/2019
  • Komen
iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah
Share on FacebookShare on Twitter

iQoo merupakan jenama di bawah Vivo yang memberi fokus kepada penghasilan telefon pintar gaming berkuasa tinggi. Awal tahun ini, ia hadir dengan telefon pintar pertamanya, iQoo dengan kuasa Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB dan storan setinggi 256GB.

Baru-baru ini, iQoo tampil dengan model kedua yang diberi nama iQoo Neo. Menariknya, telefon ini memiliki harga lebih rendah dengan prestasi kelas flagship.



Ini kerana iQoo Neo dikuasakan oleh cip flagship tahun lepas, Snapdragon 845 yang pastinya masih lebih berkuasa dari cip kelas pertengahan baru tahun ini. Seperti abangnya, iQoo Neo juga dilengkapi sistem penyejukan grafit pelbagai lapisan untuk pengedaran haba yang lebih efisyen.

Prestasi iQoo Neo datang dengan pilhan RAM 6GB atau 8GB, dan storan antara 64GB dan 128GB. Untuk kamera, ia memiliki tiga lensa di belakang gandingan lensa utama 12MP, lensa ultra lebar 8MP dan lensa pengesan kedalaman 2MP.



Kamera hadapannya pula 12MP, terletak di dalam takuk kecil di atas skrin. Skrin iQoo Neo berukuran 6.38-inci dari jenis OLED, dengan resolusi FHD+. Ia memiliki pengimbas capjari di dalam skrin untuk membuka kunci skrin.

Sebagai peranti khas gaming, iQoo Neo turut dilengkapi beberapa ciri untuk melancarkan bermain game seperti AI Turbo, Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo dan beberapa fungsi lain, semuanya terkandung di dalam ruangan Multi-Turbo.

Tenaga yang tahan lama boleh dijangka di iQoo Neo kerana ia memiliki bateri besar 4,500mAh. Malah, ia juga datang bersama pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W yang boleh mengecas 50% penuh dalam masa 30 minit sahaja.

iQoo Neo menjalankan sistem operasi Funtouch OS 9, berasaskan Android 9 Pie. Terdapat dua warna ditawarkan iaitu hitam dan ungu. Ia akan dijual di China bermula 8 Julai 2019 dengan harga seperti berikut:

  • iQoo Neo (RAM 6GB + Storan 64GB) – RMB1,798 (~RM1,082)
  • iQoo Neo (RAM 8GB + Storan 128GB) – RMB2,298 (~RM1,382)

Sayangnya, iQoo masih tidak dijual di luar China. Jadi iQoo Neo juga mungkin tidak akan sampai ke Malaysia. Sehinggalah Vivo mengambil keputusan untuk menjual iQoo ke luar China. Semoga ia cepat berlaku.

Sumber: GSMArena

Tags: iQooiQoo Neovivo
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah

iQoo Neo bijak perkenal prestasi tinggi pada harga rendah

3 July 2019
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN