• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Misteri bingkai tebal di Pixel 4

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 22/07/2019
  • Komen
Misteri bingkai tebal di Pixel 4
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini kita telah didedahkan dengan gambaran Pixel 4 XL oleh OnLeaks dan seterusnya, Google sendiri berkongsi sedikit rupa telefon tersebut. Kini, OnLeaks kembali mendedahkan gambaran untuk Pixel 4 yang lebih kecil.

Secara kasar, tidak ada perbezaan antara Pixel 4 dan Pixel 4 XL dalam gambaran ini. Ia memiliki modul kamera empat segi sama di belakang, serta bingkai depan yang amat tebal di atas dan bawah skrin.



Pixel 4 kekal tiada jek audio 3.5mm dan tidak kelihatan pengimbas capjari fizikal di belakang. Bermakna, ia akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin.

Satu perkara yang sangat pelik pada Pixel 4 ialah bingkai yang teramat tebal di atas telefon. Ia bukannya takuk seperti di Pixel 3. Bingkai ini dilihat memuatkan dua kamera di sebelah kiri dan ruang kosong yang besar di sebelah kanan.



Ice Universe mengukuhkan kenyataan ini apabila berkongsi rupa pelindung skrin untuk Pixel 4. Menurut beliau, bahagian kanan ini akan membawakan teknologi yang baru pada telefon pintar.

The oval opening of the Pixel 4 Series front panel means that the Google Pixel 4 Series will be groundbreaking and new and worth looking forward to. pic.twitter.com/9Pg9bGcWrs

— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) July 20, 2019

Ada yang mengatakan, Google akan memasang teknologi Projek Soli ke dalam Pixel 4. Ia merupakan sebuah teknologi yang boleh mengesan pergerakan dan gerakan dengan amat tepat dan jitu. Projek Soli pertama kali diperkenalkan semasa Google I/O 2015.

Pixel 4 dan Pixel 4 XL dijangka akan dilancarkan menjelang hujung tahun ini. Dalam menghasilkan Pixel, Google jarang mengikut trend semasa seperti menggunakan hanya satu kamera belakang sehingga Pixel 3. Adakah teknologi baru di Pixel 4 nanti cukup menarik minat pengguna?

Sumber: igeeksblog, GSMArena

Tags: GooglePixel 4
Najib

Najib

POPULAR

Misteri bingkai tebal di Pixel 4

Misteri bingkai tebal di Pixel 4

22 July 2019
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN