• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Z6 Pro berkuasa Snapdragon 855 dan empat kamera telah dijual di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:18 pm
  • 23/07/2019
  • Komen
Lenovo Z6 Pro berkuasa Snapdragon 855 dan empat kamera telah dijual di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda masih tercari-cari telefon pintar berkuasa Snapdragon 855, kini tiba satu lagi pilihan untuk dibeli di Malaysia, Lenovo Z6 Pro. Ia dipasang pemproses Snapdragon 855 di dalam bersama empat kamera di belakang.

Lenovo Z6 Pro kini telah disenaraikan di Lazada menerusi Stor Rasmi Motorola, datang bersama RAM 8GB dan storan 128GB pada harga RM2,299. Dalam senarai tersebut, hanya terdapat satu warna iaitu merah dan peranti ini diberi jaminan selama 2 tahun.



Skrin telefon ini dari jenis AMOLED HD Penuh+, berukuran 6.39-inci dengan takuk kecil di atas. Ia turut memiliki pengimbas capjari di dalam skrin.

Badan belakangnya diperbuat dari kaca yang melengkung di sisi. Bagi menambah baik prestasi, telefon ini menggunakan sistem penyejukan cecair untuk pengaliran haba yang lebih baik.



Empat kamera di belakang telefon ini ialah kamera utama 48MP F1.8, kamera ultra lebar 16MP F2.2, kamera telefoto 8MP F2.4 dan kamera 2MP F1.8 dengan penstabil imej optikal (OIS) yang digunakan khas untuk merakam video.

Kamera hadapannya pula 32MP F2.0 yang terletak di dalam takuk kecil. DxOMark telah menguji kamera Lenovo Z6 Pro dan ia menerima 95 markah, sedikit atas dari iPhone 8 Plus dan Galaxy Note8.

Bateri berkapasiti 4,000mAh dimuatkan ke dalamnya dan ia menyokong pengecasan pantas 27W menerusi sambungan USB-C. Jek audio 3.5mm masih terdapat padanya dan ia menyokong sistem bunyi Dolby Atmos.

Lenovo Z6 Pro menjalankan sistem Android 9.0 Pie dan ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 1TB untuk storan tambahan. Jika beminat, lekas dapatkannya di Lazada sekarang.

Sumber: Soyacincau

Tags: lenovoLenovo Z6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Lenovo Z6 Pro berkuasa Snapdragon 855 dan empat kamera telah dijual di Malaysia

Lenovo Z6 Pro berkuasa Snapdragon 855 dan empat kamera telah dijual di Malaysia

23 July 2019
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN