• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Black Shark muat naik gambar peranti misteri berkuasa Snapdragon 855+

  • OLEH Najib
  • 2:39 pm
  • 24/07/2019
  • Komen
Black Shark muat naik gambar peranti misteri berkuasa Snapdragon 855+
Share on FacebookShare on Twitter

Black Shark, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar gaming yang didana oleh Xiaomi, baru-baru ini berkongsi gambaran sebuah telefon pintar baru mereka. Ia menunjukkan garisan hijau yang sudah menjadi simbol telefon pintar Black Shark selama ini, tetapi apakah maksudnya?

Khabar angin kuat mengatakan gambaran ini merujuk kepada Black Shark 2 Pro. Ini kerana garisan hijau tersebut amat serupa dengan rekaan belakang Black Shark 2 yang telah dilancarkan di Malaysia awal tahun ini. Ia adalah telefon pintar berkuasa Snapdragon 855 pertama dijual di Malaysia.



Black Shark 2

Walaupun belum diumum secara rasmi, Black Shark sebelum ini pernah berkongsi tentang telefon pintar baru mereka akan dikuasakan cip baru Qualcomm yang diberi nafas baru, Snapdragon 855+. Cip ini mmeiliki kelajuan CPU dan GPU yang lebih pantas, dikatakan menjadikan prestasi grafik 15% lebih baik.

Black Shark 2 Pro mungkin telah dikesan di laman Geekbench apabila sebuah peranti Black Shark yang tidak dikenali dimuat naik di situ. Ia menyenaraikan nama pemproses “msmnile“, kod nama yang digunakan oleh Snapdragon 855 dan 855+.



Senarai Geekbench itu menyenaraikan peranti Black Shark tersebut bersama RAM sebanyak 12GB dan sistem operasi Android 9.0 Pie.

Untuk perbandingan, Black Shark 2 yang telah dilancarkan di Malaysia datang dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB, serta storan dalaman 128GB atau 256GB. Skrinnya dari jenis AMOLED berukuran 6.39-inci dengan dua speaker stereo di atas dan bawah skrin.

Black Shark 2

Bateri Black Shark 2 sebesar 4,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 27W melalui USB-C. Sayangnya telefon ini tiada lagi jek audio 3.5mm.

Adakah peranti baru dari Black Shark ini akan memberi saingan sengit kepada ROG Phone 2? Ia akan diumumkan di China pada 30 Julai kelak. Kita tunggu dan lihat kedatangannya minggu depan.

Sumber: Weibo 1, Weibo 2

Tags: black sharkblack shark 2Black Shark 2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Black Shark muat naik gambar peranti misteri berkuasa Snapdragon 855+

Black Shark muat naik gambar peranti misteri berkuasa Snapdragon 855+

24 July 2019
SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

SaveME 999: Aplikasi kecemasan baharu kerajaan, tapi sepatutnya lebih mudah digunakan

16 November 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER