• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mi A3 Hadir Dalam Dua Varian Pada Harga Bermula RM899

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:41 pm
  • 31/07/2019
  • Komen
Xiaomi Mi A3 Hadir Dalam Dua Varian Pada Harga Bermula RM899
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dikabarkan sebelum ini, Xiaomi Malaysia hari ini mengumumkan dua produk yang dijangkakan mereka akan hangat dalam kategori harga mampu millik. Mereka ialah Mi A3 dan Mi Band 4.

Mi A3 adalah iterasi ketiga produk Android One Xiaomi yang menjanjikan sebuah telefon yang menggabungkan specs menarik dengan harga kompetetif. Pada harga bermula RM899, ia bakal berikan saingan hebat pada telefon yang berada dalam kategori yang hebat kerana beberapa perkara yang dibawakannya.



Yang pertama adalah pengalaman Android tulen, hampir selari dengan yang divisikan Google pada produk Pixel mereka. Keduanya adalah ia diperkasa komponen-komponen yang sangat padan dengan harganya.

Di atas papan utama, ada SoC Snapdragon 665 serta RAM 4GB. Storan yang boleh dipilih adalah antara 64GB ataupun 128GB dan boleh diperluas melalui slot hibrid.



Namun, paparannya adalah sedikit turun taraf apabila menggayakan panel HD+ saja berbanding FHD+ pada Mi A2 sebelum ini. Bagusnya adalah ia kini menggunakan panel AMOLED yang membolehkan XIaomi meletakkan pengimbas cap jari disebalik paparan itu.

Di bahagian pengimejan, ia ada tiga buah kamera belakang. Anda akan temui kombinasi kamera 48MP, 8MP (wide), dan 2MP (bokeh). Selfie pula diambil gunakan kamera 32MP.

Bateri juga adalah bahagian yang nyata ditambah baik. Ia pastinya berikan waktu penggunaan yang jauh lebih lama berbanding Mi A2 apabila diberikan bateri 4,030mAh serta menyokong pengecasan pantas 18W.

Xiaomi Mi A3 akan mula dijual pada 3 Ogos 2019 pada harga seperti berikut:

  • RM899 – RAM 4GB + storan 64GB
  • RM999 – RAM 4GB + storan 128GB

Anda boleh dapatkannya melalui pengedar sah mereka di seluruh negara ataupun secara dalam talian di Lazada dan Shopee.

Bersama-sama Mi A3, mereka turut menumumkan penjualan Mi Band 4 bermula hari ini pada harga RM149.

Mi Band 4 membawakan perubahan seperti:

  • paparan lebih besar 0.95″ dan kini menggunakan panel AMOLED
  • bateri lebih besar dengan masa guna sehingga 20 hari
  • pengimbas cap jari yang lebih jitu

Jika anda miliki Band 3, anda boleh gunakan strap sedia ada anda pada Mi Band 4 tanpa masalah.

Tags: Mi A3Mi Band 4xiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Xiaomi Mi A3 Hadir Dalam Dua Varian Pada Harga Bermula RM899

Xiaomi Mi A3 Hadir Dalam Dua Varian Pada Harga Bermula RM899

31 July 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN