• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei sediakan baucer SGD500,000 sebagai tanda minta maaf

  • OLEH Najib
  • 10:14 am
  • 01/08/2019
  • Komen
Huawei sediakan baucer SGD500,000 sebagai tanda minta maaf
Share on FacebookShare on Twitter

Minggu lepas, Huawei Singapura mengadakan promosi sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-54, di mana mereka menawarkan telefon pintar Huawei Y6 Pro pada harga SGD54 sahaja, dari harga asal USD198. Promosi ini diberikan khusus mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja.

Promosi ini mendapat sambutan luar biasa, sehingga ramai warga tua yang beratur di luar kedai sejak awal pagi. Tetapi ia menghampakan kerana stok promosi dikatakan telah habis walaupun kedai belum dibuka.



Ramai orang tidak berpuas hati kerana Huawei menyediakan stok yang sangat sedikit, serta membuatkan orang tua menunggu dan beratur untuk membeli tetapi tidak berjaya mendapatkannya.

Huawei Singapura akhirnya mengakui kesilapan mereka kerana tidak menjangka sambutan luar biasa tersebut. Menerusi Facebook, mereka meminta maaf kepada semua di atas insiden mengecewakan orang ramai berkenaan promosi tersebut.



Mereka telah menyediakan sebanyak 2,000 unit untuk promosi tersebut tetapi ternyata tidak dapat memenuhi permintaan serta tidak mengambil berat pengalaman pengguna untuk mendapatkannya.

Untuk menebus kesilapan tersebut, Huawei Singapura memberikan baucer SGD100 kepada mereka yang berdaftar pada 3 hari promosi, 26-28 Julai lepas. Huawei akan menghubungi mereka dalam masa 2 minggu selepas 2 Ogos untuk urusan pemberian baucer ini.

Dengan baucer ini, ia menjadikan harga telefon pintar Huawei Y6 Pro kepada SGD98, sedikit tinggi dari harga promosi asal SGD54. Tetapi baucer ini tidak terhad pada Y6 Pro sahaja, boleh digunakan untuk membeli produk Huawei yang lain.

Ini langkah yang baik dari Huawei untuk mengembalikan reputasi mereka yang tercalar, lebih-lebih lagi di waktu mereka berhadapan dengan sekatan di Amerika Syarikat. Apalah sangat baucer SGD500,000 untuk 5000 orang dibandingkan dengan kemarahan orang ramai untuk jangka masa panjang.

Sumber: alvinology

Tags: HuaweiY6 Pro 2019
Najib

Najib

POPULAR

Huawei sediakan baucer SGD500,000 sebagai tanda minta maaf

Huawei sediakan baucer SGD500,000 sebagai tanda minta maaf

1 August 2019
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN