• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rangkaian Celcom, TuneTalk & Yoodo bermasalah, dijangka pulih pagi ini

  • OLEH Najib
  • 9:37 am
  • 20/09/2019
  • Komen
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pengguna Celcom merungut berkenaan talian mereka apabila dikatakan tidak boleh mengakses internet sejak tengah malam. Lebih parah lagi, pengguna TuneTalk dan Yoodo juga menyuarakan masalah yang sama.

Celcom mengakui terdapat gangguan rangkaian mereka. Dalam satu balasan ciapan mereka kepada aduan pengguna, isu ini sedang diperbaiki dan dijangka selesai pukul 10 pagi ini.



Kami sedang berusaha keras untuk memperbaiki isu ini dan memohon maaf sekali lagi. Ia dijangka selesai pada jam 10 pagi ini.

Mohon cuba restart telefon anda dari semasa ke semasa. Maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

— Celcom (@Celcom) September 20, 2019

Pengguna yang berhadapan dengan isu ini dinasihatkan untuk mematikan dan menghidupkan semula telefon mereka dalam waktu ini. Selepas isu rangkaian di tempat pengguna pulih, ia mungkin perlu direstart untuk sambungan diaktifkan semula.

Di twitter Yoodo pula, mereka menyatakan terdapat gangguan di perkhidmatan aplikasi mereka. Bagaimanapun, perkhidmatan panggilan dan SMS masih boleh digunakan seperti biasa. Perkara ini mungkin berkaitan dengan gangguan rangkaian di Celcom.



Oh, dear! Our Yoodo App services are currently down but our Calls and SMS services are not affected. Please be patient as our tech team works to resolve this issue. We apologize for any inconvenience caused.

— Yoodo (@yoodoMY) September 19, 2019

Gangguan rangkaian Celcom memberi kesan kepada beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain seperti TuneTalk dan Yoodo kerana mereka menyewa rangkaian Celcom untuk menawarkan perkhidmatan. Mereka akan turut terjejas apabila rangkaian Celcom turut berhadapan masalah.

Pengguna digalakkan untuk berhubung dengan pusat khidmat pengguna talian masing-masing untuk mendapatkan status terkini perkhidmatan rangkaian mereka.

Tags: TuneTalak
Najib

Najib

POPULAR

Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

Rangkaian Celcom, TuneTalk & Yoodo bermasalah, dijangka pulih pagi ini

20 September 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN