• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

6 juta kerusi promosi bagi raikan 600 juta tetamu yang terbang bersama AirAsia

  • OLEH Najib
  • 4:24 pm
  • 20/09/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia baru-baru ini mengumumkan, mereka telah menerbangkan 600 juta penumpang melalui penerbangan mereka. Untuk meraikannya, AirAsia kini menawarkan promosi hebat untuk 6 juta tempat duduk dalam penerbangan AirAsia.

Tambang promosi ini boleh dinikmati dari serendah RM12 bagi ahli AirAsia BIG untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching, dan daripada RM50 untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok, Can Tho dan banyak lagi. Menurut AirAsia, semua tambang yang tertera adalah termasuk cukai dan bayaran.



Bagi perjalanan lebih jauh melalui AirAsia X, promosi dari serendah RM196 boleh dibeli bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan pelbagai destinasi jarak jauh lain yang menarik. Orang ramai juga boleh mendapatkan promosi untuk tempat duduk Premium Flatbed yang memberi lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, dari RM796 untuk pergi ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne dari Kuala Lumpur.

Promosi AirAsia tidak terhad kepada tiket penerbangan sahaja. Penumpang turut boleh mendapatkan diskaun 16% apabila membuat tempahan awal pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat, diskaun sehingga 40% untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60% untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel. Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan besar-besaran ini dengan perbelanjaan minimum RM200.



Promosi 6 juta tempat duduk ini boleh ditempah menerusi laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia, bermula pada 23 September 2019 (0001h GMT +8) hingga 26 September 2019 (2400 GMT +8), bagi perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Seperti biasa, ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia akan diberi akses 24 jam lebih awal, bermula dari 22 September 2019 (0001h GMT +8). Jika belum menjadi ahli, orang ramai boleh mendaftar sebagai ahli BIG secara percuma di laman web airasiabig.com dan mula mengumpul mata ganjaran BIG. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus mata ganjaran BIG untuk pelbagai pembelian.

Sumber: AirAsia

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025

6 juta kerusi promosi bagi raikan 600 juta tetamu yang terbang bersama AirAsia

20 September 2019

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER