• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi derma 100 unit mesin pembersih udara ke sekolah-sekolah

  • OLEH Najib
  • 5:19 pm
  • 25/09/2019
  • Komen
Xiaomi derma 100 unit mesin pembersih udara ke sekolah-sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memberikan persekitaran udara yang lebih segar di sekolah, Xiaomi Malaysia telah mendermakan sebanyak 100 unit pembersih udara, Mi Air Purifier 2S kepada beberapa sekolah di Malaysia. Pemberian ini telah dibuat kepada Kementerian Pendidikan menerusi satu majlis bersama Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching.

Ketua Pemasaran Xiaomi Malaysia dan Singapura, Jess Lee telah menyampaikan derma bernilai RM65,800 ini sebagai wakil dari Xiaomi Malaysia. Pembersih udara ini akan ditempatkan di beberapa sekolah di Johan Setia, yang merekodkan pencemaran udara paling buruk di Lembah Klang sewaktu jerebu.



Pemberian ini merupakan salah satu dari tanggungjawab korporat (CSR) Xiaomi Malaysia dalam membantu guru-guru dan murid-murid yang berhadapan dengan masalah jerebu kebelakangan ini.

Pengurus Besar Xiaomi Malaysia dan Singapura, Allen An berkata, “Jerebu di Malaysia memberi kesan kepada semua, tetapi impak paling merbahaya adalah kepada murid sekolah. Misi kami ialah untuk melengkapkan inovasi teknologi terkini kepada orang ramai dari seluruh peringkat masyarakat. Dengan pemberian ini, kami harap dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh murid-murid dan guru-guru dalam menangani kesan negatif jerebu yang melanda negara. Kami mahu menunaikan tanggungjawab kami dalam apa jua cara yang termampu.”



Pembersih udara Mi Air Purifier 2S menampilkan reka bentuk kompak yang mengambil ruang sekecil kertas A4. Rekaan minimalisnya membolehkan ia dimuatkan di mana-mana ruang di dalam rumah. Ia memiliki 943 lubang masuk, membenarkan lebih banyak udara ditapis. Kipas atas yang besar pula membolehkan banyak udara bersih dilepaskan.

Dengan skrin OLED di daan, pengguna boleh memantau kualiti udara masa nyata, status sambungan WiFi serta suhu bilik dan tahap kelembapan. Pembersih udara ini menggunakan sesor partikel laser untuk mengesan dengan tepat tahap PM2.5 dan partikel sebesar 0.3-mikro di persekitaran.

Dengan sambungan WiFi, pengguna boleh mengawalnya dari jarak jauh melalui aplikasi Mi Home. Mi Air Purifier 2S dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM658 dan boleh dibeli di Mi Store, serta Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Tags: Mi Air Purifier 2Sxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Xiaomi derma 100 unit mesin pembersih udara ke sekolah-sekolah

Xiaomi derma 100 unit mesin pembersih udara ke sekolah-sekolah

25 September 2019
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER