• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:46 pm
  • 03/10/2019
  • Komen
Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS
Share on FacebookShare on Twitter

True Wireless Stereo (TWS) adalah kategori yang diberikan kepada headfon yang bebas kabel sepenuhnya, baik untuk berhubung dengan sumber audio mahupun antara speaker kiri dan kanan. Tahun ini, bersama-sama beberapa produk surface yang lain, Microsoft turut mengumumkan Surface Earbuds.

Pertama sekali yang anda perlu tahu adalah harganya bukan alang-alang. Pada USD 250 (RM 1047), ia berada pada tanda harga separas Sony WF-1000XM3 dan sudah tentu lebih mahal daripada Apple Airpods dan Samsung Galaxy Buds.



Daripada helaian spesifikasi, seperti tiada keunikan yang ditampilkan pada Earbuds berbanding apa yang sudah ada dalam pasaran sekarang. Kalau adapun, rekaan bulat yang agak janggal untuk dipakai kerana kebiasaannya earbuds direka untuk ngam dengan bentuk telinga agar tidak tertanggal sewaktu beraktiviti.

Tapi ia direka untuk mesra dengan ekosistem Microsoft seperti arahan suara untuk perisian Office365. Contohnya anda boleh kawal pembentangan PowerPoint dengan sentuhan serta taip gunakan suara dalam Microsoft Outlook.



Tidaklah diketahui sama ada ia ada penyaring hingar aktif atau tidak tapi pada helaian specs, ia ada dua mikrofon di setiap belah earbud untuk panggilan suara yang lebih terang dan jelas.

Satu pengecasan penuh memberikan waktu penggunaan sehingga 8 jam lamanya. Bekasnya turut mengandungi bateri yang boleh membekalkan tenaga pada earbuds. Secara total, ia berikan waktu penggunaan sehingga 24 jam lamanya.

Sumber: Microsoft

https://www.youtube.com/watch?v=EwxyD_dkGVA
Tags: earbudsMicrosoftMicrosoft Surfacemicrosoft surface earbudstws
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS

Surface Earbuds Percubaan Pertama Microsoft Dalam Arena TWS

3 October 2019
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN