Setelah sekian lama melanggan khidmat MediaTek untuk menggerakkan siri telefon kelas pertengahan mereka, Sony akhirnya beralih kepada cip Snapdragon untuk kuasakan telefon Sony Xperia XA2/XA2 Ultra yang baru diumumkan.
Ya, itu sudah cukup mencuri perhatian pengguna di luar sana kerana selama ini, telefon mid-range Sony menerima kritikan pada dua bahagian iaitu, pertama, harganya yang tinggi serta, kedua, cip MediaTek yang terkandung padanya.
Tambah menarik, pengguna kini boleh menggunakan dwikamera selfie pada telefon Sony Xperia XA2 Ultra, yang pertama seumpamanya setakat ini. Kamera depan 16MP memiliki OIS manakala yang 8MP ada sudut pandang yang luas untuk memasukkan seberapa banyak latar yang boleh.
Kamera belakang pula menggunakan sensor Exmor RS 23MP dengan autofokus hibrid yang mampu merakam video 4K ataupun video slow-motion sehingga 120fps.
Xperia XA2 Ultra adalah varian yang terbesar antara keduanya apabila menggayakan panel paparan HD Penuh sebesar 6″. Sungguhpun begitu, ia masih mengekalkan nisbah paparan tradisional, 16:9.
Pada papan utama, anda akan menemui cip Snapdragon 630 yang dipadankan bersama RAM seluas 4GB serta storan sama ada 32GB ataupun 64GB.
Bateri yang menguasakan telefon ini adalah sebesar 3,580mAh dan boleh dicas pantas.
Xperia X2 adalah varian yang lebih rendah tapi masih mengekalkan penggunaan cip Snapdrafon 630 seperti saudara besarnya. Cip itu dipandankan degnan RAM 3GB serta storan 32GB yang boleh diperluas melalui slot khas.
Telefon ini diberikan panel paparan yang sedikit kecil iaitu 5.2″ tapi masih memiliki resolusi HD penuh.
Pada bahagian pengimejan, kamera belakangnya adalah sama seperti XA2 ultra. Maknanya, ada menerima sensor 23MP yang mampu merakan video 4K serta slow-motion sehingga 120fps.
Kamera depan pula adalah kamera 8MP, sama seperti kamera sekunder pada XA2 Ultra.
Xperia XA2 Ultra dikuasakan bateri 3,300mAh dengan fungsi pengecasan pantas.
Telefon ketiga yang dilancarkan Sony adalah Xperia L2. Mentaakuli helaian spesifikasi telefon ini dapatlah saya simpulkan yang ia adalah telefon kelas permulaan.
Yang pertama adalah penggunaan cip MediaTek MT6745P dan yang kedua adalah panel itu dipadankan dengan panel paparan 720P sebesar 5.5″.
Untuk mengambil gambar, anda boleh menggunakan sama ada kamera belakang 13MP ataupun kamera swafoto 8MP bersudut pandang luas.
Bateri yang menguasakan Xperia L2 adalah sebesar 3,300mAh.
Status penjualan di Malaysia masih belum diketahui. Tetapi, untuk perbandingan, Sony Xperia XA1 Ultra,XA1 dan L1 semasa memasuki Malaysia, mereka masing-masing dijual pada harga RM1,899, RM1,199, dan RM999.
Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut: