• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jaminan tahun ke-2 untuk peranti Huawei dilanjutkan ke hujung tahun

  • OLEH Najib
  • 5:37 pm
  • 09/10/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia telah memperkenalkan program jaminan tambahan tahun ke-2 untuk telefon pintar yang terpilih. Ia diadakan untuk memberi ketenangan kepada bakal pembeli bahawa produk Huawei tidak akan diabaikan selepas jualan.

Pengumuman yang dibuat pada bulan Julai lepas melibatkan model seperti siri Mate 20, siri P30, siri Nova 4, siri MediaPad M5 dan Nova 3i. Bagaimanapun, tawaran ini tamat pada 30 September 2019.



Menjelang 1 Oktober, Huawei telah memperbaharui program jaminan tambahan tahun ke-2 tetapi dengan senarai yang baru. Tawaran program ini diberikan kepada pembeli model telefon pintar terpilih, antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2019.

Model yang terlibat dalam program baru ini ialah siri Mate 20, siri P30 dan Nova 5T sahaja. Tiada lagi siri Nova 4, siri MediaPad M5 dan Nova 3i. Malah, pengguna perlu menebus jaminan tambahan ini dalam masa 7 hari selepas pembelian.



Tebusan jaminan tambahan ini perlu dibuat menerusi aplikasi HiCare di dalam telefon tersebut. Untuk menebusnya, lancarkan aplikasi HiCare di dalam telefon yang baru dibeli. Pastikan ia dikemaskini ke versi terkini. kemudian daftar masuk menggunakan ID Huawei. Jika tidak ada, daftar akaun ID Huawei yang baru.

Seterusnya, pergi ke ruangan kempen Rileks, Beli Je dan tekan butang ‘Click Here Now‘ untuk menebus jaminan tambahan. Notis ‘Redeemed Successfully‘ akan terpapar apabila tebusan berjaya dibuat.

Maklumat lanjut tentang kempen ini boleh ditemui di laman web Huawei Extended Warranty Plan.

Tags: HuaweiHuawei Mate 20huawei nova 5tHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Jaminan tahun ke-2 untuk peranti Huawei dilanjutkan ke hujung tahun

9 October 2019
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN