• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan Vivo NEX 3 5G di Digi dari serendah RM199 sebulan

  • OLEH Najib
  • 3:52 pm
  • 31/10/2019
  • Komen
Telefon 5G pertama di Malaysia boleh mula ditempah hari ini
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu menjadi yang terawal memiliki telefon pintar 5G tanpa mengeluarkan wang yang banyak, anda boleh berkunjung ke Digi sekarang kerana mereka menawarkan Vivo NEX 3 5G dari RM199 sebulan menerusi program PhoneFreedom 365. Ia merupakan pelan semua dalam satu secara ansuran bulanan selama 24-bulan, tanpa deposit dan tiada faedah.

Pelan yang ditawarkan ialah pelan Digi Postpaid 80 bersama Gboost add-on. Pelan ini memberikan data sebanyak 30GB dalam pecahan 15GB sepanjang masa dan 15GB hujung minggu, bersama 300 SMS dan panggilan tanpa had ke semua talian di Malaysia.



Manakala program PhoneFreedom 365 pula mmebolehkan pengguna bertukar ke telefon baru selepas beberapa tempoh. Jika anda cepat, anda juga akan menerima hadiah percuma berupa Beg Kelengkapan Peribadi Perniagaan, sementara stok masih ada.

Vivo NEX 3 adalah telefon pintar 5G yang pertama di jual di Malaysia. Ia adalah telefon berprestasi tinggi dengan kuasa Snapdragon 855, RAM 8GB dan storan UFS3.0 sebesar 256GB. Baterinya seluas 4,000mAh yang dicas pantas melalui blok 22.5W yang disertakan dalam kotak.



Skrinnya hadir dengan paparan Waterfall FullView Display yang memberikan nisbah paparan ke badan setinggi 99.6% pada panel seluas 6.89-inci miliknya. Tiada takuk pada skrin ini kerana kamera hadapannya tersembunyi dalam mekanisme pop-up.

Swafoto boleh diambil dengan kamera hadapan 16MP. Di bahagian belakang, ia ada trikamera dengan sensor utamanya diperkasa sensor 64MP. Kemudian ia ada satu kamera ultralebar dan satu kamera telefoto masing-masing ada sensor 13MP.

Segera ke cawangan Digi berhampiran untuk mendapatkan Vivo NEX 3 5G bersama PhoneFreedom 365, atau layari laman web Digi untuk menempah secara dalam talian.

Tags: digiPhoneFreedom 365vivoVivo NEX 3VIVO NEX 3 5G
Najib

Najib

POPULAR

Telefon 5G pertama di Malaysia boleh mula ditempah hari ini

Dapatkan Vivo NEX 3 5G di Digi dari serendah RM199 sebulan

31 October 2019
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN