• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin MARQ: Jam Superpremium Untuk Bangsawan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:56 pm
  • 13/11/2019
  • Komen
Garmin MARQ: Jam Superpremium Untuk Bangsawan
Share on FacebookShare on Twitter

Garmin Malaysia hari ini memperkenalkan siri MARQ, jam tangan premium yang dilengkapi ciri-ciri multisukan. Ada enam ahli kesemuanya dan mereka ialah:

  • edisi Athlete
  • edisi Adventurer
  • edisi Aviator
  • edisi Captain
  • edisi Commander
  • edisi Driver

Siri MARQ dibangunkan berasaskan siri Fenix mereka. Jadi anda boleh jangkakan fungsi-fungsi Fenix diwariskan pada produk-produk ini.



Antara ciri yang boleh anda temui adalah seperti penjejak satelit geolokasi, Bluetooth, Wi-Fi, dan NFC untuk Garmin Pay. Untuk kecergasan, selain sensor lokasi, sensor barometer, kompas, giroskop, akselerometer, dan termometer juga hadir mengumpul data-data penting sepanjang aktiviti anda.

  • MARQ Adventurer
  • MARQ Athlete
  • MARQ Aviator
  • MARQ Captain
  • MARQ Commander
  • MARQ Driver

Masih kekalkan DNA siri Fenix, ia terima sentuhan premium seperti badan titanium dengan bahagian muka dilapisi kaca safira. Keutuhan jam tangan ini tak perlu dipersoalkan lagi.



Seperti setiap nama khusus untuk ahli-ahli MARQ, ia ditujukan khas untuk pemakai yang kehidupan hariannya berkisar dalam aktiviti tertentu. Ia boleh dibezakan pada bahagian bingkainya.

Garmin Fenix 6X Jam Tangan Multisukan Dengan Panel Solar Terbina

Edisi Athlete dan Adventurer dibangunkan berasaskan Fenix 5 Plus, Aviator berasaskan siri D2 PX Delta, manakala Captain berasaskan Quatix 5. Edisi Driver adalah produk baru yang ditujukan pada penggila kelajuan.

Tiada edisi Pro Solar untuk mana-mana ahli MARQ ini tapi hayat bateri yang dikongsikan pengeluarnya adalah biasa untuk siri jam tangan mereka. Dengan satu isian penuh, waktu pengoperasian berada dalam julat jam hinngalah bulan, bergantung pada kegunaan.

Untuk harga, berikut adalah berapa yang anda perlu keluarkan untuk siri-siri MARQ di Malaysia

  • MARQ Athlete – RM7,999
  • MARQ Aviator – RM10,500.00
  • MARQ Adventurer – RM9,500
  • MARQ Captain – RM9,999.00
  • MARQ Commander – RM9,500
  • MARQ Driver – RM13,500

Pada harga bermula RM7,999 sukar untuk membayangkan jam ini untuk kegunaan pengguna biasa. Jika ia adalah jam tangan analog spenuhnya, sudah tentu masuk akal kerana 10 tahun akan datang ia masih lagi releven. Jika bermain dengan digital, hayat produk ini sangat terhad, mungkin maksimum 5 tahun dan akan jadi obselete.

Tags: garmingarmin marqgarmin marq adventurergarmin marq athletegarmin marq aviatorgarmin marq captaingarmin marq commandergarmin marq driver
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Garmin MARQ: Jam Superpremium Untuk Bangsawan

Garmin MARQ: Jam Superpremium Untuk Bangsawan

13 November 2019
Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN