• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Sediakan Bonus Lebih RM1 Billion Kepada Kakitangan Tanda Penghargaan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:38 am
  • 15/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Seramai lebih 190,000 juta kakitangan Huawei bakal terima durian runtuh daripada majikan mereka hari ini. Ada antara kakitangan yang akan terima pembayaran gaji dua kali ganda daripada yang sepatutnya pada bulan ini. Ia adalah tanda penghargaan Huawei terhadap mereka yang setia menempuhi kegawatan yang dihadapi gergasi itu dek sekatan dagang daripada Amerika Syarikat.

Penjualan Mate 30 Pro sangat terkesan di Malaysia

Bahagian sumber manusia Huawei mengumumkan yang sejumlah RMB 2 billion (RM 1.18 billion) turut diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Insentif itu akan diberikan untuk memangkin usaha mencari alternatif kepada perkakasan bersumberkan Amerika Syarikat agar mereka boleh terus beroperasi tanpa gangguan. Jumlah RMB 2 billion itu cumalah kerak saja. Syarikat swasta itu melaporkan perolehan sebanyak RMB 610.8 billion (~RM361 billion).



Dalam usaha mereka mencari jalan untuk terus bertumbuh tanpa teknologi A.S, Huawei kini sedang mencari pembekal yang diperlukan di Eropah dan Jepun tapi tidak memberitahu secara khusus pihak yang sedang mereka berbincang.

Untuk yang tertinggal “kapal”, Amerika Syarikat telahpun mengenakan sekatan dagang terhadap Huawei daripada menggunakan produk A.S. Ia menyebabkan produk seperti Mate 30 Pro tidak boleh hadir dengan produk Google terpasang di dalamnya dan ia nyata memberi impak pada penjualan telefon itu termasuklah di Malaysia.



Tempahan Mate 30 Pro ada banyak hadiah tetapi dengan syarat: HMS bukan GMS

Sumber: SCMP

Tags: Huawei
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025

Huawei Sediakan Bonus Lebih RM1 Billion Kepada Kakitangan Tanda Penghargaan

15 November 2019
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER