• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

AirAsia menawarkan tiket ke Madrid, Sepanyol dari serendah RM99 menerusi model perniagaan baru

  • OLEH Najib
  • 5:27 pm
  • 15/11/2019
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Group hari ini mengumumkan berita mengenai hala tuju baru perniagaan mereka di mana mereka akan menawarkan penjualan tiket penerbangan selain AirAsia menerusi laman web www.airasia.com. Perkara ini selari dengan hasrat mereka untuk menerajui bukan sahaja bidang penerbangan malah menjadi pusat sehenti pelancongan.

Pengumuman ini dibuat selepas mereka menandatangani kerjasama strategik dengan syarikat teknologi pelancongan terkemuka, Kiwi.com. Kerjasama ini membenarkan pengguna AirAsia akses ke destinasi pelancongan yang bukan menjadi destinasi penerbangan AirAsia.



Melalui perkhidmatan terbaru ini, pelanggan boleh menempah perjalanan dari lebih 100 syarikat penerbangan ke destinasi yang tidak dikendalikan AirAsia termasuk ke Eropah, Australia, New Zealand, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Sempena pelancaran ini, AirAsia menawarkan tambang promosi termasuk semua ke Madrid dari Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Sydney dari hanya RM99. Ia mula ditawarkan pada hari esok, 16 November ini bermula jam 9 pagi untuk perjalanan segera hingga 31 Mac 2020.



Setiap pengguna boleh membeli tiket sehingga untuk dua orang pada harga promosi ini. Promosi kedua akan ditawarkan pada harga RM499 untuk mereka yang terlepas mendapatkan tawaran pertama.

Perlu diambil perhatian, tempahan penerbangan selain AirAsia ini hanya boleh dilakukan di laman web www.airasia.com sahaja. Aplikasi mudah alih masih belum menyediakan kemudahan tempahan ini.

Sumber: AirAsia, Harian Metro

Tags: AirAsia
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026

AirAsia menawarkan tiket ke Madrid, Sepanyol dari serendah RM99 menerusi model perniagaan baru

15 November 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN