• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

NVIDIA BFGD standard baru monitor gaming gergasi 65-inci

  • OLEH Najib
  • 2:01 pm
  • 11/01/2018
  • Komen
NVIDIA BFGD standard baru monitor gaming gergasi 65-inci
Share on FacebookShare on Twitter

NVIDIA turut sama memeriahkan pameran CES 2018 apabila mengumumkan standard monitor gaming bersaiz mega, yang dipanggil Big Format Gaming Display atau BFGD. Ia mensasarkan kepada penggemar permainan video yang mahukan paparan besar 4K yang lancar.

Tiga jenama telah memperkenalkan monitor yang menepati standard NVIDIA BFGD ini iaitu ACER, ASUS dan HP. Ciri-ciri yang diterapkan dalam monitor BFGD ini adalah seperti:



  • Saiz skrin 65-inci
  • Menjalankan resolusi 4K pada kadar 120Hz
  • Memiliki teknologi G-SYNC
  • Paparan HDR dengan kecerahan 1000nit
  • NVIDIA SHIELD terbina di dalam

NVIDIA telah mendapatkan kerjasama dari pengeluar panel skrin AU Optronics, bagi menghasilkan panel yang menyokong resolusi 4K 3440×1440, 120Hz, HDR serta G-SYNC. Sudah pasti, kad grafik berkuasa tinggi juga diperlukan untuk memaksimakan kebolehan monitor BFGD ini. NVIDIA mengesyorkan kad grafik berasaskan GeForce GTX 1080 Ti untuk digunakan.

NVIDIA SHIELD pula membolehkan kandungan internet seperti Netflix, Amazon Video and YouTube dimainkan pada resolusi 4K, serta akses ke NVIDIA GameStream dan pelbagai aplikasi Android.



Acer Predator 65, ASUS ROG SWIFT PG65 dan HP OMEN X 65 belum diumumkan lagi tarikh dan harga jualannya. Dijangka ia akan berada di pasaran sekitar lewat tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman pengumuman Acer Predator 65, ASUS ROG SWIFT PG65 dan HP OMEN X 65. Penerangan NVIDIA tentang monitor BFGD pula boleh didapati di sini.

[Sumber: NVIDIA]

Tags: AcerAcer Predator 65asusASUS ROG SWIFT PG65CES2018hpHP OMEN X 65Monitor gaming 65NvidiaNVIDIA BFGD
Najib

Najib

POPULAR

NVIDIA BFGD standard baru monitor gaming gergasi 65-inci

NVIDIA BFGD standard baru monitor gaming gergasi 65-inci

11 January 2018
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN