• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi perkenal pelan perayauan data yang lebih lama dan murah

  • OLEH Najib
  • 3:00 pm
  • 22/11/2019
  • Komen
Digi perkenal pelan perayauan data yang lebih lama dan murah
Share on FacebookShare on Twitter

Jika saya mempunyai tugasan ke luar negara, kad sim Digi sering menjadi teman kerana ia menawarkan pelan perayauan terbaik. Bukan sahaja ia murah, tetapi ia memberikan data yang lebih bersama minit panggilan, serta boleh digunakan di banyak negara.

Sebelum ini Digi menawarkan pelan perayauan dalam bentuk 1-hari dan 3-hari sahaja. Kini Digi menyediakan pelan perayauan selama 7-hari. Tetapi negara yang boleh digunakan lebih terhad berbanding pelan 1-hari dan 3-hari.



Terdapat dua jenis pelan perayauan 7-hari Digi. Pelan pertama berharga RM50, memberikan pengguna perayauan selama 168 jam (7-hari) bersama 4GB data dan 60-minit panggilan tempatan dan ke Malaysia. Buat masa ini, pelan ini boleh digunakan di negara berikut:

  1. Amerika Syarikat
  2. Australia
  3. China
  4. Jepun
  5. Kanada
  6. Korea Selatan
  7. New Zealand
  8. Taiwan

Pelan kedua pula khusus untuk 11 negara Eropah. Pelan ini juga berharga RM50 dan boleh digunakan selama 168 jam (7-hari). Tetapi hanya ada data 2GB dan tiada minit panggilan. Menariknya, dengan satu langganan ia boleh digunakan di kesemua 11 negara Eropah tersebut tanpa perlu melanggan pelan baru. Negara tersebut ialah:



  1. Austria
  2. Bulgaria
  3. Croatia
  4. Greece
  5. Hungary
  6. Montenegro
  7. Poland
  8. Romania
  9. Republik Czech
  10. Republik Slovak
  11. Serbia

Untuk waktu yang lebih singkat, orang ramai boleh melanggan pelan perayauan 3-hari Digi yang berharga RM25 dan datang dengan 2GB data dan 30-minit panggilan. Ia boleh digunakan di lebih 40 negara termasuk Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Data dan minit panggilan ini digandakan kepada 4GB dan 60-minit panggilan pada harga RM25, jika digunakan di negara yang menggunakan rangkaian kumpulan Telenor iaitu Grameenphone di Bangladesh, DTAC di Thailand dan Telenor in Denmark, Myanmar, Norway, Pakistan dan Sweden.

Maklumat lanjut tentang perayauan data Digi boleh dirujuk di sini.

Tags: digiPerayauan InternetRoaming
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Digi perkenal pelan perayauan data yang lebih lama dan murah

Digi perkenal pelan perayauan data yang lebih lama dan murah

22 November 2019
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN