Buat pertama kalinya, Oppo mengadakan majlis pelancaran sistem operasi terbarunya, ColorOS di luar China. ColorOS 7 yang dibina berasaskan Android 10, membawakan slogan “Smooth and Delightful” yang bermaksud, lancar dan menyenangkan.
Dalam majlis pelancaran ini, Oppo turut mengumumkan senarai telefon pintar yang akan menerima kemaskini ColorOS 7. Lebih dari 20 model telefon pintar Oppo yang akan menerima ColorOS 7 dan bagi pengguna yang berminat untuk menjadi penguji terawal, boleh berbuat demikian seawal hari ini.
Garis masa ujian ColorOS 7 untuk model telefon pintar Oppo adalah seperti berikut:
- 26 November 2019 – Reno, Reno 10x Zoom
- Disember 2019 – Reno2, F11 pro, F11 Pro Marvel Avengers, F11
- Q1 2020 – Find X, Find X Lamborghini, Find X SuperVOOC, Reno2 F, Reno Z, R17, R17 Pro, RX17 Pro, Reno2 Z, A9
- Q2 2020 – F7, F7 128GB, F9, F9 Pro, R15 Pro, R15, A9 2020, A5 2020, K3
Pengguna yang berminat untuk menjadi penguji terawal, boleh berbuat demikian menerusi tetapan dalam telefon pintar Oppo mereka di Settings > Software Updates > Setting Icon – Trial Version.
ColorOS 7 membawakan banyak pembaharuan yang terdapat di Android 10 dan menerima sentuhan eksklusif Oppo. Oppo membawakan rekaan Infinite Design dengan visual lebih ringan mata memandang. Di samping itu, pengguna juga boleh mengaktifkan mod gelap (Dark Mode) yang memberi lebih penjimatan bateri.
Oppo bekerjasama dengan syarikat pereka audio Epic Sound untuk menghasilkan sistem bunyi yang menarik di ColorOS 7. Diinsprasikan dari alam semulajadi, efek bunyi ColorOS 7 lebih selesa didengari bukan sahaja di ruangan kawalan sistem, tetapi juga di ringtone, notifikasi dan banyak lagi.
Beberapa teknologi bagi menjadikan ColorOS lebih pantas darinya dibangunkan seperti oFas, oMem dan oSense. oFas ialah mekanisma pra-buka cache yang menjadikan paplikasi boleh dibuka lebih pantas. oMem pula menguruskan sumber sistem dengan lebih efisyen, meningkatkan penggunaan RAM sehingga 40% lebih baik. oSense memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih diperlukan pengguna, seperti maklumbalas sentuhan dan kadar bingkai agar pengalaman bermain game yang lebih lancar dapat diberikan.
Perlindungan peribadi menjadi salah satu pembaharuan di ColorOS 7. Fungsi Private Safe memastikan gambar, video, audio dan lain-lain dokumen pengguna disimpan di zon selamat, dihalang dari akses oleh aplikasi.
Swafoto merupakan salah satu tarikan utama telefon pintar Oppo. Di ColorOS 7 dilengkapi teknologi AI Beautification 2.0 yang menjadikan gambar swafoto lebih menarik. Tangkapan malap dengan Ultra Night Mode memberikan hasil yang luar biasa, dengan gambar yang lebih cerah serta kurang hingar. Oppo turut melengkapi editor video pintar, Soloop yang memberikan pengguna kuasa untuk mengubahsuai video yang ditangkap dengan mudah.
Kenali lebih banyak lagi tentang perkara baharu ColorOS 7 di sini. Jangan lupa untuk menyemak tarikh ujian ColorOS 7 untuk peranti Oppo agar anda boleh menjadi yang terawal menggunakan ColorOS 7 kelak.