• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Vivo S1 Pro di Malaysia dijangka melepasi garis 1300

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 28/11/2019
  • Komen
Harga Vivo S1 Pro di Malaysia dijangka melepasi garis 1300
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia telah menjadualkan tarikh 3 Disember sebagai hari pelancaran telefon pintar Vivo S1 Pro. Ia mungkin berhadapan saingan populariti apabila Xiaomi Malaysia turut memilih hari yang sama untuk melancarkan telefon pintar Mi Note 10 mereka.

Berbalik kepada S1 Pro, Malaysia di lihat sedikit ketinggalan apabila Filipina telah pun melancarkannya lebih awal. Tetapi ia boleh membantu kita mendapatkan anggaran harga untuk jualannya di Malaysia kelak.



Untuk perbandingan, Vivo S1 dengan RAM 6GB dan storan 128GB telah dijual di Filipina pada harga PHP12,999 (~RM1,068), manakala di Malaysia pula ialah RM1,099. Untuk S1 Pro pula, ia disenaraikan di Filipina dengan harga PHP15,999 (~RM1,315). Jadi boleh dikatakan harga S1 Pro di Malaysia kelak akan melebihi RM1,300.

Vivo S1 Pro menampilkan banyak naik taraf dari Vivo S1. Ia kini dikuasakan pemproses Snapdragon 665, bersama RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Skrinnya dari jenis Super AMOLED HD penuh, berukuran 6.38-inci dengan takuk kecil di dahi. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin ini.



Antara tarikan di telefon ini ialah 4 kamera belakang dalam modul berbentuk intan. Kamera tersebut ialah kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP. Kamera hadapannya yang terletak di takuk skrin pula 32MP.

Telefon ini memiliki bateri yang besar, berkapasiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas melalui USB-C. Terdapat dua warna ditawarkan iaitu putih dan hitam.

Nantikan maklumat lanjut terutama sekali tarikh jualan dan harga S1 Pro di majlis pelancarannya pada 3 Disember nanti.

Sumber: Yugatech, Lazada Filipina

Tags: vivoVivo S1 Pro
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Harga Vivo S1 Pro di Malaysia dijangka melepasi garis 1300

Harga Vivo S1 Pro di Malaysia dijangka melepasi garis 1300

28 November 2019
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

Siri Oppo Reno 15 tiba di Malaysia dengan kamera 200MP & bateri 7,000mAh, dari RM1,499

6 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER