• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gangguan data & panggilan di Celcom beri kesan kepada Yoodo, TuneTalk dan MVNO di bawahnya

  • OLEH Najib
  • 3:09 pm
  • 09/12/2019
  • Komen
Gangguan data & panggilan di Celcom beri kesan kepada Yoodo, TuneTalk dan MVNO di bawahnya
Share on FacebookShare on Twitter

Pagi ini, beberapa pengguna Celcom mengadu masalah internet tidak boleh digunakan di peranti mereka. Masalah ini turut disuarakan oleh pengguna Yoodo dan TuneTalk. Rupa-rupanya masalah ini semuanya berkaitan.

Dalam satu balasan kepada pertanyaan pengguna di Twitter, Celcom memaklumkan terdapat gangguan pada servis data & panggilan bukan untuk hari ini, tetapi dijangka selama 5 hari dari 9-13 Disember 2019. Pasukan teknikal Celcom sedang cuba meminimakan kesan dari gangguan tersebut.



Pelanggan Celcom Postpaid dan Prepaid mungkin mengalami gangguan pada servis data&panggilan dari 9-13 Disember 2019.

Pasukan teknikal kami berusaha keras untuk minimakan kesan aktiviti tersebut.

— Celcom (@Celcom) December 9, 2019

Gangguan rangkaian ini nampaknya turut memberi kesan kepada penyedia rangkaian mudahalih maya (MVNO) yang menggunakan rangkaian Celcom, antaranya Yoodo dan TuneTalk. Menurut Yoodo, gangguan rangkaian Celcom ini memberi kesan kepada beberapa lokasi sahaja iaitu Lembah Klang, Selangor, Johor dan Sabah.

https://twitter.com/yoodoMY/status/1203913951924244480?s=08

Tetapi TuneTalk pula menyatakan, gangguan ini berlaku kerana Celcom sedang menjalankan penyelenggaraan berjadual dari 9-13 Disember 2019. Mungkin TuneTalk tersilap menggunakan template semasa mengeluarkan kenyataan tersebut kerana saya sebagai pengguna Celcom, tidak menerima apa-apa notis dari Celcom mengenai penyelenggaaraan berjadual ini.



https://twitter.com/TuneTalk/status/1203889956948602881?s=08

Pada bulan Ogos lepas, rangkaian Celcom di utara Malaysia mengalami gangguaan dan memberi kesan kepada semua MVNO di bawahnya. Celcom memaklumkan gangguan tersebut berlaku kerana kabel fiber optik mereka terputus, dan sistem sandaran dwilapis mereka gagal berfungsi.

Servis Celcom Tergendala Di Perak, Perlis, Kedah, Dan Pulau Pinang

CEO Celcom, Idham Nawawi meminta maaf atas gangguan tersebut dan merancang menggunakan sistem trilapis sebagai sandaran kepada servis mereka. Mungkin sistem trilapis ini masih belum siap jadi gangguan yang berlaku tidak dapat disandar dengan baik melalui sistem dwilapisan.

Semoga Celcom dapat menyelesaikan masalah dengan segera dan memberi balasan yang sewajarnya kepada pengguna yang terjejas.

Tags: celcomGangguanyoodo
Najib

Najib

POPULAR

Gangguan data & panggilan di Celcom beri kesan kepada Yoodo, TuneTalk dan MVNO di bawahnya

Gangguan data & panggilan di Celcom beri kesan kepada Yoodo, TuneTalk dan MVNO di bawahnya

9 December 2019
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN