• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme X2 Pro dihiasi batu bata merah hanya ada 50 unit di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:34 am
  • 17/12/2019
  • Komen
Realme X2 Pro dihiasi batu bata merah hanya ada 50 unit di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Anda sudah mendengar berita tentang bagaimana Realme Malaysia telah menjual telefon pintar terhebat mereka, X2 Pro pada harga yang jauh lebih murah dari pesaing lain. Kini mereka akan menjual telefon pintar edisi terhad X2 Pro di Malaysia, tetapi ia perlu direbut kerana kuantitinya sangat terhad.

Realme Malaysia kini mengumumkan bahawa Realme X2 Pro Master Edition akan dijual di Malaysia pada hujung minggu ini, 21 & 22 Disember 2019. Sebanyak 50 unit sahaja yang akan dijual di Malaysia dan boleh dibeli di satu lokasi sahaja, di reruai Realme (A003) yang akan dibuka di pameran Comic Fiesta di Kuala Lumpur Convention Centre pada hari Sabtu dan Ahad ini.



Lebih menarik lagi, harga Master Edition ini adalah sama dengan edisi biasa iaitu RM2,399 dan ia memiliki perkakas yang sama, tidak ada perbezaan langsung kecuali pada satu perkara. Bahagian belakangnya memiliki kemasan merah batu-bata yang direka oleh Naoto Fukasawa.

Sudahlah harganya sangat menarik, edisi terhad pula tu. Hanya 50 orang di Malaysia boleh menjadi pemiliknya. Jika anda memang berniat membeli Realme X2 Pro, edisi terhad Master Edition harus anda miliki.



Kepada yang belum mengenali Realme X2 Pro, pasti anda tertanya-tanya mengapa harga RM2,399 dikira murah untuk telefon ini? Ia kerana telefon ini memiliki perkakas terbaik yang memberikannya prestasi tertinggi di telefon pintar.

Seperti edisi biasa, X2 Pro Master Edition dikuasakan pemproses Snapdragon 855+ yang terbaik di pasaran masa kini. Ia dilengkapi RAM sebanyak 12GB antara terbesar boleh didapati di telefon pintar, bersama storan 256GB yang sangat luas.

Skrin telefon ini berukuran 6.5-inci dari jenis AMOLED tetapi dengan refresh rate 90Hz, di mana skrin biasa hanya dengan 60Hz. Resolusi skrin ini terhad pada HD Penuh dan ia dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di depan dan belakang.

Bateri di dalamnya sebesar 4,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 50W melalui USB-C, antara pengecas paling berkuasa. Telefon ini masih mengekalkan jek audio 3.5mm dan ia memiliki pembesar suara stereo yang dikuasakan Dolby Atmos, satu lagi perkara yang jarang ada di telefon pintar.

Untuk kamera, Realme X2 Pro menggunakan empat kamera belakang. Kamera utamanya 64MP F1.8 dari sensor Samsung GW1, bersama kamera telefoto 13MP F2.5 yang berupaya mengezum hibrid 20x, kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera pengesan kedalaman 2MP.

Pendek kata, Realme X2 Pro adalah telefon pintar yang memiliki kuasa Snapdragon 855+ paling murah boleh dibeli. Selain itu, ia turut dilengkapi pelbagai fungsi flagship seperti RAM 12GB, storan 256GB, skrin AMOLED 90Hz, pembesar suara stereo Dolby Atmos dan pengecas 50W. Susah untuk tidak tertarik dengan telefon ini pada harganya.

Tags: RealmeRealme X2 proRealme X2 Pro Master Edition
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Realme X2 Pro dihiasi batu bata merah hanya ada 50 unit di Malaysia

Realme X2 Pro dihiasi batu bata merah hanya ada 50 unit di Malaysia

17 December 2019
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER