Dalam pembentangan Bajet 2020 yang lalu, kerajaan ada mengumumkan pemberian RM30 secara one-off, masuk kedalam e-wallet yang terpilih. Kempen yang diberi nama e-Tunai Rakyat itu dilaporkan oleh Touch ‘n Go akan berjalan bermula 15 Januari 2020 ini.
Sebanyak 3 e-Wallet telah terpilih untuk menjadi saluran e-Tunai Rakyat iaitu:
- Boost
- Touch ‘n Go e-Wallet
- GrabPay
Walau bagaimanapun, kaedah penebusannya dijangkakan adalah sama untuk semua e-Wallet. Menurut Touch ‘n Go, cara untuk menebus e-Tunai Rakyat adalah seperti berikut:
- Muat turun e-Wallet yang terlibat
- Sahkan akaun anda menggunakan gambar salinan kad pengenalan
- Tebus RM30 menggunakan pautan yang berada di dalam APP
Kempen e-Tunai Rakyat ini akan berjalan daripada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020. RM30 yang diterima perlulah digunakan dalam jangka masa dua bulan daripada tarikh penerimaan.
Tidaklah diketahui apakah implikasi jika RM30 tidak dilunaskan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.