• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qualcomm U-Turn, Takkan Gunakan Kilang Samsung Untuk Snapdragon 865

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:06 pm
  • 24/12/2019
  • Komen
Qualcomm U-Turn, Takkan Gunakan Kilang Samsung Untuk Snapdragon 865
Share on FacebookShare on Twitter

Jika rutin Qualcomm kekal, tahun 2020 adalah masa untuk flagship Snapdragon 865. Tapi persoalannya siapakah akan hasilkannya? Dalam bulan Jun 2019 lalu, khabar angin kencang bertiup tentang Samsung yang akan hasilkan Snapdragon 865 menerusi teknologi EUV 7nm mereka.

Tapi, sekarang anginnya sudah berubah dan bertiup kencang di kem TSMC. Qualcomm telah mengumumkan yang TSMC sekali lagi akan bertanggungjawab untuk Snapdragon 856.



Exynos 990: SoC 7nm Pertama Dalam Keluarganya

Keputusan ini dilihat agak drastik dan tiba-tiba kerana biasanya menjelang separuh kedua tahun tersebut, Qualcomm telahpun memuktamadkan tempahan SoC mereka. Ia mungkin ada kaitan dengan perkara berikut.

Samsung, selain menerima tempahan penghasilan SoC, ada produk mereka sendiri iaitu Exynos. Padanya, mereka menggunakan teras pemroses hasilan sendiri yang dipanggil Mongoose. Di, Snapdragon ia sama seperti Kryo. Untuk SoC flagship mereka tahun 2020, Exynos 990 dilapor menggunakan teras Mongoose M5 sebagai tulang belakangnya.



Tapi masalahnya, dalam bulan November 2019 lalu, Samsung dilaporkan menutup jabatan yang ada kaitan dengan pembangunan teras Mongoose itu. Hal ini bermakna, SoC Samsung yang akan datang ini mungkin akan gunakan teras Cortex daripada ARM Holdings.

ARM Umum Dua Komponen Yang Akan Perkasa SoC Flagship 2020

Jika semuanya seperti yang dikatakan ini, sudah tentu Qualcomm ingin ambil peluang ini untuk mengangkat Snapdragon lebih tinggi daripada Exynos. Dah namapun nak minta tolong Samsung “masak”, sudah tentu resepinya kena dibekalkan Qualcomm. Ia pasti akan beri peluang kepada Samsung untuk mengkaji rahsia kehebatan produk Qualcomm untuk diterapkan pada Exynos.

Xiaomi Jadi Yang Pertama Nikmati Kepantasan Cip Snapdragon 845

Qualcomm adalah syarikat semikonduktor dalam kategori fabless. Fabless kerana mereka mensumberluarkan penghasilan semikonduktor sebaliknya hanya membangunkan pelan sahaja. Dua kilang besar yang biasanya Qualcomm gunakan untuk hasilkan SoC mereka adalah TSMC dan Samsung. Kali terakhir “ketuhar” Samsung digunakan Qualcomm adalah semasa Snapdragon 835 dan 845.

Sumber: Bussiness Korea

Tags: Qualcommqualcomm snapdragon 865samsungSnapdragon 865tsmc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Qualcomm U-Turn, Takkan Gunakan Kilang Samsung Untuk Snapdragon 865

Qualcomm U-Turn, Takkan Gunakan Kilang Samsung Untuk Snapdragon 865

24 December 2019
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN