• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

e-Tunai Rakyat: Sebanyak RM10 juta hasil dari tuntutan e-Tunai Rakyat telah dibelanjakan pada hari pertama

  • OLEH Najib
  • 12:28 pm
  • 17/01/2020
  • Komen
Bolehkah kita menjalani hidup seharian tanpa wang tunai?
Share on FacebookShare on Twitter

Sehingga pukul 10 malam pada 15 Januari 2020, sebanyak 380,000 permohonan e-Tunai Rakyat telah diterima oleh ketiga-tiga penyedia terpilih iaitu Boost, Grab dan Touch n Go eWallet. Dari jumlah itu, 320,000 telah diluluskan sehingga masa yang sama.

Dari situ juga, sebanyak RM10 juta wang e-Tunai Rakyat yang berjaya dituntut, telah dibelanjakan pada hari pertama inisiatif itu dilaksanakan. Statistik ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pasar Pagi SS2.



Menurutnya, Kementerian Kewangan turut mempertimbangkan untuk menambah peruntukan inisiatif ini jika ia mendapat permintaan menggalakkan daripada rakyat. Peruntukan awal yang diumumkan untuk e-Tunai Rakyat ketika dibentangkan di Belanjawan 2020 adalah sebanyak RM450 juta, iaitu untuk 15 juta rakyat Malaysia.

Penerima inisiatif e-Tunai Rakyat haruslah berusia 18 tahun dan ke atas dan memiliki pendapatan kuragn dari RM100,000 setahun. Tuntutan ini boleh dibuat menerusi tiga penyedia eWallet yang telah dipilih iaitu Boost, Grab dan Touch n Go eWallet. Pemilihan eWallet ini berdasarkan jumlah pengguna yang ramai serta sedia digunakan dibanyak lokasi.



Rakyat Malaysia yang layak perlu membuat tuntutan ini sebelum 9 Mac 2020 dan perlu habis digunakan sebelum 14 Mac 2020. Jika tidak, ia akan dikeluarkan dari baki eWallet pengguna.

Sumber: The Star

Tags: Boostetunai rakyatGrabTouch n Go eWallet
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Bolehkah kita menjalani hidup seharian tanpa wang tunai?

e-Tunai Rakyat: Sebanyak RM10 juta hasil dari tuntutan e-Tunai Rakyat telah dibelanjakan pada hari pertama

17 January 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN