• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple akan dipaksa meninggalkan Lightning dan menggunakan USB-C

  • OLEH Najib
  • 6:03 pm
  • 21/01/2020
  • Komen
Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4
Share on FacebookShare on Twitter

Apple telah menggunakan port yang dihasilkan mereka sendiri, iaitu Lightning di peranti mudahalih seperti iPhone, iPad dan beberapa aksesori lain. Tetapi ia telah menukarnya ke USB-C khusus di iPad Pro 2018.

Ramai yang menganggap Apple mengambil langkah tersebut kerana Lightning kurang berupaya menepati keperluan iPad Pro 2018, mengakibatkan Apple terpaksa bertukar ke USB-C. Tetapi berita dari Eropah mungkin menjadi asbab sebenarnya.



kabel USB-C

BBC baru-baru ini melaporkan, Ahli Parlimen Kesatuan Eropah telah mendesak Suruhanjaya Eropah untuk memaksa Apple menerima penggunaan satu jenis pengecasan yang universal. Perkara ini akan diputuskan dalam satu undian oleh Suruhanjaya Eropah yang masih belum diketahui bilakah tarikhnya.

Tetapi Apple menentang cadangan ini dengan alasan, ia akan merencatkan perkembangan teknologi dan merugikan pengguna. Ada dua cara untuk Apple berhadapan dengan arahan ini. Pertama dengan melupakan Lightning dan bertukar kepada USB-C, seperti di iPad Pro 2018. Kedua ialah melupakan semua sambungan berwayar dan menggunakan sepenuhnya pengecasan wayarles.



Perkara ini sebenarnya bukanlah baru kerana Suruhanjaya Eropah telah lama berkempen tentang penggunaan satu cara pengecasan. Ia boleh dikatakan satu kejayaan kerana pada tahun 2009, terdapat 30 jenis pengecas tetapi kini ia telah berkurangan kepada tiga jenis sahaja.

  • mikroUSB
  • USB-C
  • Lightning

Apple, bersama 10 peneraju teknologi pada tahun 2009 seperti Nokia dan Samsung, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) di mana mereka berikrar akan menyediakan pengecas mikroUSB yang serasi untuk pengguna. Tetapi Apple mempergunakan kepincangan di dalam perjanjian tersebut yang menyatakan, pengeluar boleh terus menggunakan pengecas mereka jika ada menawarkan adaptor.

Pada tahun 2014, Kesatuan Eropah telah meluluskan Arahan Peralatan Radio yang mahu memperbaharui usaha menghasilkan pengecas yang universal. Ketiika itu, Apple menjelaskan port USB-C tidak akan muat dengna peranti mereka yang semakin menipis dan mengganggarkan kos sehingga USD2 bilon untuk memenuhi keperluan standard itu.

Suruhanjaya Eropah mendapati, kabel yang tidak boleh digunakan telah menghasilkan sampah sebanyak 51,000 tan setiap tahun dan ia adalah kesan yang besar terhadap alam sekitar. Satu kabel sambungan yang boleh digunakan di telefon pintar, tablet dan pelbagai peralatan mudah alih lain akan dapat mengurangkan penghasilan sampah sebegini.

Sampah elektronik sebegini boleh dikurangkan dengan drastik jika pengecasan wayarles ditetapkan menjadi standard. Tiada kabel maka tiadalah sampah. Tetapi teknologi pengecasan wayarles masih perlu masa untuk mencapai tahap matang teknologi memandangkan ia hanya terdapat di peranti kelas flagship sahaja. Mungkin dalam 5 tahun lagi ia boleh dikuatkuasakan dan digunakan sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun lagi.

Sumber: BBC

Tags: apple
Najib

Najib

POPULAR

Intel kongsi teknologi Thunderbolt 3 untuk standard USB4

Apple akan dipaksa meninggalkan Lightning dan menggunakan USB-C

21 January 2020
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN