• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu telefon baru Realme yang misteri telah dikesan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:31 pm
  • 24/01/2020
  • Komen
Realme 5i: Maklumat Penjualannya Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Realme membanjiri pasaran Malaysia dengan pelbagai model telefon pintar apabila memperkenalkan Realme 5i pada 14 Januari lepas. Ia merupakan model keempat dalam keluarga Realme 5 selepas Realme 5, Realme 5 Pro dan Realme 5s dilancarkan tahun lepas.

Belum kering keringat Realme 5i di majlis pelancarannya, kini telah muncul satu lagi model baru Realme di Malaysia. Bagaimanapun, ia masih belum diperkenalkan di khalayak ramai sebaliknya ditemui di dalam senarai pengesahan SIRIM.



Sebuah telefon pintar dengan nombor model RMX2040 muncul di SIRIM dan menerima pengesahan pada 15 Januari 2020, sehari selepas Realme 5i dilancarkan. Model yang sama turut ditemui telah disenaraikan di IMDA Singapura dan ia datang dengan nama rasmi, Realme 6i. Ia juga telah disenaraikan di NTBC Thailand.

  • IMDA Singapura
  • NTBC Thailand

Dari spesifikasi yang disenaraikan, tidak ada perkara luar biasa pada Realme 6i. Malah, ia dilihat mirip dengan Realme 5i kerana senarai perkakas kelas rendah, seperti tiada sokongan Wifi 802.11ac.



Untuk perbandingan, Realme 5i memiliki skrin HD 6.5-inci, pemproses Snapdragon 665 serta empat kamera belakang gandingan kamera utama 12MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dam kamera potret 2MP. Baterinya sebesar 5,000mAh dan ia dijual pada harga RM599 dengan RAM 4GB dan storan 64GB.

Apakah pembaharuan yang akan ada di Realme 6i kelak? Kita nantikan pengumuman rasmi dari Realme Malaysia tidak lama lagi.

Tags: RealmeRealme 6i
Najib

Najib

POPULAR

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
Realme 5i: Maklumat Penjualannya Di Malaysia

Satu telefon baru Realme yang misteri telah dikesan di Malaysia

24 January 2020
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER