Dalam musim Coronavirus ini, sudah tentu perniagaan farmaseutikal akan terima tempias positif. Shopee melaporkan yang tempahan barangan seperti topeng muka, pembasmi kuman, vitamin, dan sebagainya meningkat lebih 5 kali ganda. Ia berkemungkinan besar akibat ketandusan stok di kedai-kedai fizikal di luar sana.
Ia menyebabkan pengguna beralih kepada platform dalam talian untuk mendapatkan barangan keperluan sebagai pelindung kepada wabak tersebut. Untuk tujuan tersebut, Shopee telah mengambil inisiatif untuk menghubungi pembekal-pembekal barangan yang berkaitan untuk memastikan mereka boleh memenuhi setiap tempahan.
Seperti biasa, permintaan yang luar biasa akan memberi kesan pada harga. Shopee juga mengambil langkah untuk memantau harga-harga jualan produk-produk berkaitan supaya selari dengan undang-undang yang digariskan kerajaan.
Di Malaysia, sebanyak 7 kes positif Cornavirus telah disahkan dan kini mendapat pemantauan sewajarnya daripada pihak berwajib.
Sumber: MalayMail