• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kurang bajet nak tukar bateri iPhone? Tukar setting pun boleh

  • OLEH Najib
  • 5:57 pm
  • 19/01/2018
  • Komen
Kurang bajet nak tukar bateri iPhone? Tukar setting pun boleh
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas terkantoi memperlahankan iPhone lama kerana masalah bateri, Apple pun menawarkan diskaun untuk pengguna iPhone menggantikan bateri mereka agar prestasi kekal optimum. Kini Tim Cook menjanjikan satu lagi perkara yang lebih mudah.

Dalam satu temuramah bersama ABC News, Tim Cook telah disoal tentang keputusan Apple memperlahankan iPhone dengan bateri yang bermasalah. Jawab beliau, pembangunan iOS sedang dijalankan dan akan dilepaskan kepada umum tidak lama lagi.



Dalam kemaskini iOS akan datang, pengguna iPhone akan diberi pilihan untuk mematikan sekatan CPU agar ia dapat beroperasi sepenuhnya. Tetapi ia akan memberi kesan bateri dan mungkin terpadam sendiri atau jangka hayat yang sangat pendek.

Kemaskini dengan pilihan ini dijangka akan sedia dilepaskan kepada umum sekitar bulan Mac akan datang.

Dengan pilihan ini, pengguna iPhone model lama boleh menjimatkan duit tanpa menggantikan bateri tetapi tanggung risiko sendiri, atau pergi ganti bateri dengan harga diskaun semasa tengah promosi tahun ini.



Jangan lupa, Apple kini mengadakan promosi sehingga hujung tahun untuk menukar bateri pada iPhone lama pada harga RM129 sahaja. Ia boleh didapati menerusi pengedar sah Apple di Malaysia seperti Machines dan Switch.

[Sumber: 9to5mac]

Tags: appleapple iphonebateri iphoneiphone
Najib

Najib

POPULAR

Kurang bajet nak tukar bateri iPhone? Tukar setting pun boleh

Kurang bajet nak tukar bateri iPhone? Tukar setting pun boleh

19 January 2018
Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

Realme P4 Power 5G dilancar dengan bateri gergasi 10,001mAh, kini boleh dibeli pada RM1,599

5 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN